BANDAR SERI BEGAWAN, Saturday, 15 July 2023 - His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to award State Honorary Medals of Brunei Darussalam at Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman, in honour of the monarch’s birthday celebration.
Conferring the medals was His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.
Among the recipients were 03 Royal Brunei Air Force (RBAirF) Senior Officers, Colonel (U) Norudin bin Salleh, Colonel (U) Hishamuddin bin Abidin and Colonel (U) Hismawadi bin Haji Mohammad Said were conferred The Most Honourable Order of Seri Paduka Mahkota Brunei Third Class (S.M.B).
Doa Selamat was read by the State Mufti Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned to bless the event.
Present at the Conferment Ceremony were members of the Royal Family, State guests, members of Privy Council, Deputy Ministers, Diplomats, Permanent Secretaries, Deputy Permanent Secretaries and Heads of Departments.
The RBAirF would like to congratulate Colonel (U) Norudin, Colonel (U) Hishamuddin and Colonel (U) Hismawadi on receiving the State Honorary Medals.

PEGAWAI-PEGAWAI TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI (TUDB) MENERIMA BINTANG KEHORMATAN NEGARA
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 15 Julai 2023 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan Bintang-Bintang Kehormatan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada majlis yang berlangsung di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman.
Berangkat mengurniakan Bintang-Bintang kehormatan Negara Brunei Darussalam ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Penerima-penerima Bintang termasuk 03 orang Pegawai Kanan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) adalah Kolonel (U) Norudin bin Salleh, Kolonel (U) Hishamuddin bin Abidin and Kolonel (U) Hismawadi bin Haji Mohammad Said yang dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Ketiga (S.M.B.).
Istiadat pengurniaan Bintang turut diberkati dengan bacaan Doa Selamat oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.
Majlis turut dihadiri oleh Kaum Kerabat, Jemputan-jemputan Khas, Menteri-menteri Kabinet, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan-timbalan Menteri, Pesuruhjaya-pesuruhjaya Tinggi, Duta-duta Besar, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dan Ketua-ketua Jabatan.
TUDB turut merakamkan ucapan tahniah kepada Kolonel (U) Norudin, Kolonel (U) Hishamuddin dan Kolonel (U) Hismawadi atas pengurniaan Bintang Kehormatan Negara.

