BANDAR SERI BEGAWAN, Tuesday, 25 August 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) participated in the national mass gathering and procession to commemorate the Birthday Anniversary of Prophet Muhammad (PBUH) 1448H/2026M. The event was held simultaneously across all districts, with the main celebration taking place at Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.
The RBAirF contingent, comprising 114 officers and personnel, joined the parade as part of the Service’s active involvement in religious and national events. The participation also provided an invaluable opportunity for RBAirF personnel to strengthen camaraderie, foster unity, and uphold core spiritual values among the ranks.
This year’s celebration theme, ‘Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam Suluh Aqidah’, highlights the Prophet Muhammad (PBUH) as the ultimate source of guidance in strengthening faith and religious devotion.




TUDB SERTAI PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H/2026M
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 25 Ogos 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menyertai perhimpunan dan perarakan peringkat negara bagi Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi tahun 1448 Hijrah / 2026 Masihi. Acara tersebut telah diadakan secara serentak di kesemua daerah di seluruh negara, dengan tumpuan utama berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.
Kontingen TUDB yang terdiri daripada 114 orang Pegawai dan anggota telah menyertai perarakan berkenaan sebagai sebahagian daripada penglibatan aktif pihak Angkatan Tentera dalam mendukung acara-acara keagamaan dan kebangsaan. Penglibatan ini turut memberikan peluang yang amat berharga kepada warga TUDB untuk memperkukuh semangat setiakawan, memupuk perpaduan, serta memelihara nilai-nilai kerohanian yang jitu sesama anggota.
Tema sambutan pada tahun ini, iaitu ‘Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam Suluh Aqidah’, memberi penekanan terhadap peranan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai sumber hidayah yang utama dalam meningkatkan keimanan serta pegangan akidah umat Islam.

