​BANDAR SERI BEGAWAN, Saturday, 15 July 2023 – Bandar Seri Begawan today was enlivened with the Grand Parade to commemorate the 77th birthday of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam with a Grand Parade.

The arrival of His Majesty at the Royal Dais of Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien was greeted with the Royal Salute followed by the National Anthem and the customary 21-gun salute. Joining His Majesty were His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office, His Royal Highness Prince ‘Abdul Malik, His Royal Highness 920 Major (U) Prince ‘Abdul Mateen, His Royal Highness Prince Haji Sufri Bolkiah, and His Royal Highness Prince Haji Jefri Bolkiah.

During the Grand Parade, a total of 109 male personnel represented the Royal Brunei Air Force (RBAirF) contingents during the pride march led by Major (U) Muhammad Ammar Rusyduddin bin Ahmad and 25 RBAirF female personnel marched with the Women Military Personnel contingent.

The parade concluded with three cheers of “Daulat Kebawah Duli Tuan Patik”, followed by a fly-past by a RBAirF’s fleet of 07 Blackhawk S70i helicopters, led by Major (U) Dayangku Nurazriana binti Pengiran Hassanan.

 

PENYERTAAN TUDB DALAM ISTIADAT PERBARISAN KEHORMATAN BAGI SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN DULI YANG MAHA MULIA KE-77 TAHUN

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 15 Julai 2023 – Bandar Seri Begawan hari ini dimeriahkan dengan Istiadat Perbarisan Kehormatan bagi menyambut Hari Puja Usia Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-77 tahun.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung beredar ke Pentas Diraja untuk menerima Tabik Hormat Diraja dan diiringi dengan Lagu Kebangsaaan serta tembakan Meriam sebanyak 21 das. Turut berangkat bersama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (Udara) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

Dalam Istiadat Perbarisan Kehormatan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) diwakili oleh 109 anggota lelaki yang terbahagi kepada dua kontinjen, diketuai oleh Mejar (U) Muhammad Ammar Rusyduddin bin Ahmad serta 25 anggota wanita TUDB yang turut serta di dalam Kontinjen Askar Wanita.

Istiadat Barisan Kehormatan diakhiri dengan laungan tiga kali “Daulat Kebawah Duli Tuan Patik” oleh kesemua pasukan yang mengambil bahagian serta disusuli dengan terbang lalu pesawat 07 buah Blackhawk S70i TUDB, diketuai oleh Mejar (U) Dayangku Nurazriana binti Pengiran Hassanan.