PENANJONG GARRISON, Friday, 08 March 2024 – Four Royal Brunei Air Force (RBAirF) personnel have completed the Driving Instructor and SNCO Transport Courses at the Driving Training Wing, Military Trade School, Training Institute RBAF, Penanjong Garrison from 19 January 2024 until 08 March 2024.
Corporal Mohammad Shafuad bin Haji Safri from 236 Squadron, No. 2 Wing, RBAirF successfully received the Best Student Award for Driving ‘Teaching Procedure’ in Driving Instructor Course while Sergeant (U) Ahmad Ibtisam bin Hj Amron from 61 Squadron, No. 6 Wing, RBAirF was awarded with the Best Student Award for Theory in SNCO Transport Course.
Driving Instructor Course enhances and qualifies course participants as Driving Instructors that can develop potential RBAirF drivers. While SNCO Transport Course aims to upgrade and recognise personnel as Assistant to Military Transport Officer in carrying out administrative taskings in the field of military transport.
RBAirF would like to congratulate both Corporal Mohammad Shafuad and Sergeant (U) Ahmad Ibtisam for receiving the Best Student Awards in both courses.



ANGGOTA TUDB TELAH MENGHADIRI KURSUS JURULATIH MEMANDU DAN KURSUS PTB KANAN KENDERAAN SESI 2023
PENANJONG GARISON, Hari Juma’at, 08 Mac 2024 – Empat anggota Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah tamat Kursus Jurulatih Memandu dan Kursus PTB Kanan Kenderaan di Cawangan Latihan Memandu, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan ABDB, Penanjong Garison dari 19 Januari 2024 hingga 08 Mac 2024.
Koperal (U) Mohammad Shafuad bin Haji Safri dari Skuadron 236, Cawangan No. 2, TUDB telah berjaya menerima Pelajar Terbaik bagi Prosedur Mengajar Memandu dalam Kursus Jurulatih Memandu manakala Sarjan (U) Ahmad Ibtisam bin Hj Amron dari Skuadron 61, Cawangan No. 6, TUDB telah berjaya menerima Pelajar Terbaik untuk Teori dalam Kursus PTB Kanan Kenderaan.
Kursus Jurulatih Memandu mempertingkat dan melayakkan peserta kursus sebagai Jurulatih Memandu yang boleh mendidik pemandu TUDB yang berpotensi. Manakala Kursus PTB Kanan Kenderaan bertujuan untuk menaik taraf dan mengiktiraf anggota sebagai Penolong Pegawai Kenderaan dalam melaksanakan tugasan pentadbiran dalam bidang pengangkutan tentera.
TUDB ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Koperal (U) Mohammad Shafuad dan Sarjan (U) Ahmad Ibtisam atas Anugerah Pelajar Terbaik bagi kedua-dua kursus.
