BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 12 May 2025 – Five personnel from the Royal Brunei Air Force (RBAirF) were honoured with the King Charles III Coronation Medal in a ceremony held at the United Kingdom High Commissioner’s Residence, Kampong Subok. The medals were presented by Vice Admiral Phillip Hally, Chief of Defence Personnel of the British Armed Forces.

This recognition commemorates their significant involvement in the historic coronation parade of His Majesty King Charles III held in London in 2023, where they represented Brunei Darussalam and the RBAirF with pride and professionalism. Their participation reflected the RBAirF’s continued commitment to international representation and ceremonial excellence.

The recipients were: Lieutenant Colonel (U) Mohammad Hairy Erwandy bin Haji Raya, Major (U) Wan Muhd Azem bin Haji Mohammad Aminuddin, Warrant Officer 1 (U) Haji Maryadi bin Haji Japar, Sergeant (U) Zulhilmi bin Puasa, and Lance Corporal (U) Pengiran Mohammed Nazirol Nazmi bin Pengiran Omar.

This proud moment highlights the achievements of the medal recipients but also reflects the Royal Brunei Armed Forces’ (RBAF) steadfast commitment to professionalism, ceremonial excellence, and defence diplomacy. The RBAirF’s involvement in this distinguished international event underscores Brunei Darussalam’s ongoing efforts to strengthen bilateral ties with the United Kingdom.


ANGGOTA TUDB TERIMA PINGAT PERTABALAN RAJA CHARLES III ATAS PENYERTAAN DALAM PERARAKAN BERSEJARAH


BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 12 Mei 2025 – Lima orang anggota Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah dianugerahkan Pingat Persemayaman Raja Charles III dalam satu majlis yang diadakan di Kediaman Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom, Kampong Subok. Pingat-pingat tersebut telah disampaikan oleh Laksamana Madya Phillip Hally, Ketua Personel Pertahanan Angkatan Tentera British.

Penganugerahan ini adalah bagi memperingati penglibatan signifikan mereka dalam perarakan persemayaman bersejarah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Charles III yang diadakan di London pada tahun 2023, di mana mereka telah mewakili Negara Brunei Darussalam dan TUDB dengan penuh kebanggaan dan profesionalisme. Penyertaan mereka mencerminkan komitmen yang berterusan TUDB dalam mewakili negara di peringkat antarabangsa dan kecemerlangan dalam ketenteraan.

Penerima pingat tersebut ialah: Leftenan Kolonel (U) Mohammad Hairy Erwandy bin Haji Raya, Mejar (U) Wan Muhd Azem bin Haji Mohammad Aminuddin, Pegawai Waran 1 (U) Haji Maryadi bin Haji Japar, Sarjan (U) Zulhilmi bin Puasa, dan Lans Koperal (U) Pengiran Mohammed Nazirol Nazmi bin Pengiran Omar.

Detik yang membanggakan ini bukan sahaja menyerlahkan pencapaian para penerima pingat, malah turut mencerminkan komitmen teguh Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) terhadap profesionalisme, kecemerlangan dalam ketenteraan, dan diplomasi pertahanan. Penglibatan TUDB dalam acara antarabangsa yang berprestij ini turut menyerlahkan usaha yang berterusan bagi Negara Brunei Darussalam dalam memperkukuhkan hubungan dua hala dengan United Kingdom.