BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 15 October 2026 – A delegation of 50 personnel from the Royal Brunei Air Force (RBAirF) visited the Golden Jubilee Gallery at the Brunei Energy Hub, Dermaga Diraja. The exhibition commemorates a historic 50 years of defence relations between Brunei Darussalam and the Republic of Singapore.
This visit offered the personnel a profound insight into the longstanding defence cooperation and robust bilateral ties between both nations, while highlighting the key milestones achieved throughout the five-decade partnership. Furthermore, the gallery meticulously chronicles the historical evolution of this defence alliance, underscoring a mutual and enduring commitment to regional security and strategic cooperation.
Open to the public from 15 to 25 October 2026, the exhibition serves as a visual testament to this enduring friendship.



ANGGOTA TUDB LAWAT GALERI JUBLI EMAS MEMPERINGATI SETENGAH ABAD HUBUNGAN PERTAHANAN
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 15 Oktober 2026 – Seramai 50 orang anggota Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan lawatan ke Galeri Jubli Emas di Hub Tenaga Brunei (Brunei Energy Hub), Dermaga Diraja. Pameran tersebut diadakan bagi memperingati tanda bersejarah 50 tahun hubungan pertahanan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.
Lawatan ini memberikan kefahaman dan pengetahuan yang mendalam kepada para anggota mengenai kerjasama pertahanan yang lama terjalin serta ikatan bilateral yang kukuh di antara kedua-dua buah negara, di samping mempamerkan pencapaian-pencapaian penting sepanjang perkongsian lima dekad berkenaan. Selain itu, galeri tersebut memaparkan evolusi sejarah perikatan pertahanan ini secara terperinci, sekali gus memperkukuh komitmen bersama yang berterusan terhadap keselamatan serantau dan kerjasama strategik.
Dibuka kepada orang ramai bermula 15 hingga 25 Oktober 2026, pameran ini menjadi bukti kepada keakraban ikatan silaturahim yang berkekalan ini.


