RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 6 May 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) today hosted a visit from Yang Berbahagia General Datuk Haji Malek Razak bin Sulaiman, Chief of the Defence Force, Malaysian Armed Forces, at the Rimba Air Force Base.

Upon arrival, Yang Berbahagia General Datuk Haji Malek Razak was received by Brigadier General (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the RBAirF. The visit began with an official photo session followed by a corporate briefing detailing the RBAirF’s roles, organisational structure, and strategic responsibilities.

The delegation later proceeded to Hangar B for a static display tour. This provided an up-close look at the RBAirF’s latest assets and equipment, showcasing the RBAirF’s operational readiness and modern capabilities.

The visit was part of a three day official visit to Brunei Darussalam and the Royal Brunei Armed Forces. Such engagements underscore the enduring bilateral defense ties between Brunei Darussalam and Malaysia, reflecting a shared commitment to regional peace, stability, and security.

TUDB MENERIMA LAWATAN DARIPADA PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 6 Mei 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) hari ini menerima lawatan daripada Yang Berbahagia Jeneral Datuk Haji Malek Razak bin Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, bertempat di Pangkalan Tentera Udara Rimba.

Sejurus ketibaan, Yang Berbahagia Jeneral Datuk Haji Malek Razak dialu-alukan oleh Brigedier Jeneral (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah TUDB. Lawatan dimulakan dengan sesi bergambar ramai diikuti dengan taklimat korporat yang menjelaskan peranan, struktur organisasi, serta tanggungjawab strategik TUDB.

Rombongan tersebut kemudiannya dibawa ke Hangar B bagi menyaksikan pameran statik aset-aset dan peralatan TUDB. Pameran ini memberikan gambaran lebih dekat mengenai keupayaan operasi serta tahap kesiapsiagaan terkini TUDB.

Lawatan ini adalah merupakan sebahagian daripada lawatan rasmi selama tiga hari ke Negara Brunei Darussalam dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Pertemuan sedemikian mencerminkan hubungan pertahanan dua hala yang akrab dan berterusan antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia, sekali gus menzahirkan komitmen kedua-dua buah Angkatan Tentera dalam memelihara keamanan, kestabilan, dan keselamatan serantau.