MINI STADIUM, BERAKAS GARRISON, Friday, 26 June 2026 –  The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Combined Unit organised the final round of the RBAF Football and Tug of War Championship 2026, held at the Mini Stadium Berakas Garrison.

Held from 15 to 26 June 2026, the championship brought together four teams representing the Royal Brunei Land Forces (RBLF), Royal Brunei Navy (RBN), Royal Brunei Air Force (RBAirF) and the Combined Team comprising personnel from the Ministry of Defence, Joint Force Headquarters RBAF (JFHQ RBAF), Defence Academy RBAF (DA RBAF), Training Institute (TI RBAF) and Special Forces Regiment RBAF (SFR RBAF).

Present as the Guest of Honour as subsequently presented prizes to the winning teams was Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF. Also present were members of the RBAF Executive Committee, Military Directors, Commandants, Senior Officers, officers, and personnel from the RBAF.

In the football competition, the RBLF Team emerged as the champions of the RBAF FA Cup 2026 after defeating the RBN Team 2–0 in the final. They also secured the RBAF Football League Championship 2026 Title following a 3–0 victory over the Combined Team in the final match, thereby confirming their position at the top of the league standings. The RBAirF Football Team also demonstrated commendable teamwork, determination and sportsmanship throughout the championship.

Meanwhile, the RBAirF Heavyweight Tug of War Team secured the silver medal, while the Lightweight Tug of War Team claimed the bronze medal following a series of closely contested matches.

The RBAirF extends its heartfelt appreciation to all athletes, coaches and team leaders for their commitment, discipline and sportsmanship throughout the championship. Their dedication and teamwork reflect the professionalism and resilience of RBAirF personnel in representing the service with pride.

TUDB RAIH PINGAT PERAK DAN GANGSA DALAM TARIK KALAT SEMASA KEJOHANAN AKHIR BOLA SEPAK DAN TARIK KALAT PERINGKAT ABDB BAGI TAHUN 2026

MINI STADIUM, BERAKAS GARISON, Jumaat, 26 Jun 2026 – Unit Gabungan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menganjurkan Kejohanan Akhir Bola Sepak dan Perlawanan Tarik Kalat Peringkat ABDB bagi Tahun 2026 yang berlangsung di Stadium Mini Berakas Garison.

Kejohanan yang berlangsung dari 15 hingga 26 Jun 2026 itu telah menghimpunkan empat pasukan yang mewakili Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Pasukan Gabungan yang terdiri daripada anggota Kementerian Pertahanan, Markas Angkatan Bersama ABDB (MAB ABDB), Akademi Pertahanan (AP ABDB), Institut Latihan (IL ABDB) dan Rejimen Pasukan Khas ABDB (RPK ABDB).

Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB. Turut hadir ialah Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB, Pengarah-Pengarah Tentera, Komandan–Komandan, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai–pegawai serta anggota-anggota ABDB.

Dalam pertandingan bolasepak, Pasukan TDDB muncul sebagai juara Piala FA ABDB 2026 selepas menewaskan Pasukan TLDB keputusan 2–0 pada perlawanan akhir. Pasukan TDDB turut menjuarai Liga Bola Sepak ABDB 2026 selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Pasukan Gabungan ABDB dalam perlawanan terakhir liga, sekaligus mengesahkan kedudukan di tangga teratas carta liga. Pasukan Bola Sepak TUDB turut menunjukkan semangat juang, disiplin dan kerjasama berpasukan yang tinggi sepanjang pertandingan.

Sementara itu, Pasukan Tarik Kalat TUDB bagi kategori Heavyweight berjaya meraih pingat perak, manakala Pasukan Tarik Kalat kategori Lightweight memperolehi pingat gangsa selepas mempamerkan prestasi yang membanggakan sepanjang kejohanan.

TUDB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua atlet, jurulatih dan ketua pasukan atas komitmen, disiplin dan semangat kesukanan yang dipamerkan sepanjang kejohanan. Dedikasi dan semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan mencerminkan profesionalisme serta ketahanan warga TUDB dalam mengharumkan nama perkhidmatan.