​​RIMBA AIR FORCE BASE, Sunday, 06 August 2023
To enable spouses of our Airmen and Airwomen to better understand our organisation and their roles in supporting their military spouses, the Royal Brunei Air Force (RBAirF) will launch its inaugural Spouse Guidebook. Designed to answer wide-ranging and frequently asked questions by spouses, the guidebook provides a wealth of knowledge for spouses to learn more about the organisation and better understand their spouses’ roles as members of the armed forces. The guidebook also offers guidance on protocol, etiquette, and other useful information.

To promote the guidebook, a briefing was held at the RBAirF Headquarters for invited guests consisting of spouses of members of the RBAirF Board of Executives, Commanding Officers, Assistant Chief of Staffs, Air Force Sergeant Major, and Regiment Sergeant Majors.

The event began with welcoming remarks by Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of the RBAirF. The event proceeded with an overview brief by Major (U) Pengiran Mohammad Ady Hafriz bin Pengiran Mohammad Yusof, Chief Editor of the RBAirF Spouse Guidebook and chairman of the event. The brief continued with a feedback and question and answer session with the audience.

The RBAirF Spouse Guidebook will be available digitally on 11 August 2023 via the RBAirF website.


TAKLIMAT BUKU PANDUAN PASANGAN TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Ahad, 06 Ogos 2023 – Untuk membolehkan pasangan anggota Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) lebih memahami organisasi TUDB dan peranan mereka dalam menyokong kerjaya pasangan mereka, TUDB akan melancarkan Buku Panduan Pasangan TUDB. Direka bentuk untuk menjawab soalan yang meluas dan sering ditanya oleh pasangan, buku panduan ini menyediakan pelbagai maklumat untuk pasangan mengetahui dengan lanjut tentang organisasi TUDB dan lebih memahami peranan pasangan mereka sebagai anggota angkatan tentera. Buku ini turut memberi panduan tentang protokol, tatatertib dan pelbagai lagi maklumat yang berguna.

Bagi mempromosikan buku panduan tersebut, satu taklimat telah diadakan di Markas TUDB untuk tetamu jemputan yang terdiri daripada isteri-isteri ahli Badan Eksekutif TUDB, Pegawai Pemerintah, Penolong Ketua Staf, Sarjan Mejar Tentera Udara, dan Sarjan Mejar Rejimen.

Acara dimulakan dengan ucapan daripada Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB. Ini diikuti dengan penerangan ringkas oleh Mejar (U) Pengiran Mohammad Ady Hafriz bin Pengiran Mohammad Yusof, Ketua Editor Buku Panduan Pasangan TUDB dan pengerusi acara. Taklimat diakhiri dengan sesi maklum balas dan soal jawab bersama para jemputan.​

Buku Panduan Pasangan TUDB akan tersedia secara digital pada 11 Ogos 2023 melalui laman sesawang TUDB.