RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 09 September 2022 - In commemorating the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 61st Anniversary, Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Tree Planting Ceremony at Luagan Simpur Recreational Park, Rimba Air Force Base (Rimba AFB). This event is part of the RBAF and MINDEF initiative in assisting the government to achieve its National target for executing the Brunei Darussalam National Climate Change Policy known as “Green Protocol”. This event is a collaboration with Directorate of Development and Works Service (DDWS), Ministry of Defence (MINDEF) with the support of the Forestry Department as well as the Department of Environment, Parks and Recreation.

Present as the Guest of Honor was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of the RBAirF. Among other invited guests were Senior Officers of the RBAirF.

The event began with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Major Ariffin Bin Amit, Staff Officer Grade 1 Religious Training, JAMAAT. This was then followed by a Tree Planting by the Guest of Honor and recitation of selawat. A total of 60 saplings of various tree species as well as ornamental flowering plants have been planted during the event. The event concluded with a closing doa followed by refreshments.




ACARA PENANAMAN POKOK PERINGKAT TUDB SEMPENA HARI ULANG TAHUN ABDB KE-61

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Juma’at, 09 September 2022 - Bagi memperingati Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-61, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Acara Penanaman Pokok di Taman Riadah Luagan Simpur, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba). Acara ini adalah merupakan sebahagian daripada inisiatif ABDB dan Kementerian Pertahanan dalam membantu pihak Kerajaan mencapai sasaran Negara dalam melaksanakan Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam yang dikenali dengan Protokol Hijau. Acara ini diungkayahkan dengan kerjasama diantara Jabatanarah Pembangunan dan Perkhidmatan Kerja, Kementerian Pertahanan serta dibantu oleh Jabatan Perhutanan dan Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai Kanan TUDB.

Acara telah dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Mejar Ariffin Bin Amit Pegawai Turus Tarbiyah Agama, JAMAAT yang diteruskan dengan Penanaman Pokok oleh Tetamu Kehormat dan disusuli dengan selawat. Sebanyak 60 pohon anak pokok pelbagai spesies termasuk pokok bunga hiasan telah ditanam di acara tersebut. Acara diakhiri dengan bacaan doa penutup dan seterusnya menikmati jamuan.