RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 28 February 2024 – A group comprising 39 students and 03 teachers from the Military Cadet Seri Begawan Religious Teachers University College (KUPUSB) School participated in an educational visit to the Royal Brunei Air Force (RBAirF) at the Air Movement Centre (AMC), Rimba Air Force Base.
The visit commenced with an introductory session by Lieutenant (U) Pengiran Abdul Rahim bin Pengiran Haji Abdul Rahman, followed by a static display tour featuring some of the assets and equipment available in the RBAirF. The attendees also had the opportunity to engage with RBAirF personnel, and the visit concluded with a group photo session.
The primary aim of the educational visit was to obtain information about the roles and responsibilities of RBAirF. In addition, it also aims to attract the interest of students who aspire to serve in RBAirF in the future.


TUDB MENERIMA LAWATAN DARI KADET TENTERA KUPUSB
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 28 Februari 2024 – Rombongan yang terdiri daripada 39 orang pelajar dan 03 orang guru dari Kadet Tentera Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) telahpun membuat lawatan sambil belajar ke Tentara Udara Diraja Brunei (TUDB) di Pusat Pergerakan Udara (PPU), Pangkalan Tentera Udara Rimba.
Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat pengenalan daripada Leftenan U) Pengiran Abdul Rahim bin Pengiran Haji Abdul Rahman yang memberikan sedikit pemahaman mengenai TUDB. Program diteruskan dengan lawatan ke pameran statik yang memaparkan beberapa aset-aset dan kelengkapan TUDB. Semasa lawatan tersebut, penuntut dan guru-guru berpeluang untuk berinteraksi dengan anggota-anggota TUDB. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.
Tujuan utama lawatan sambil belajar adalah untuk mengetahui maklumat mengenai peranan dan tanggungjawab TUDB. Selain daripada itu, ianya juga bertujuan untuk menarik minat para pelajar yang berkeinginan berkhidmat di TUDB di masa akan datang.
