Rimba Air Base, Friday, 22 January 2020 – 40 new Royal Brunei Air Force (RBAirF) personnel from Intake 166, Recruit Company, Training Institute Royal Brunei Armed Forces (RBAF), have completed their 6 weeks Induction Programme which started from 7 December 2020 until 22 January 2021 under the supervision of No. 7 Wing. The Induction Programme started with welcoming remarks from 11898 WO1 (U) Mohamad Hamdris bin Haji Taha@Tuah, 2IC of the  Induction Programme.

The Induction Programme was graced with a session with Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of the RBAirF. The Commander of RBAirF emphasized on ‘SEPADU – Sekuriti, Efisien, Piawaian, Agama, Disiplin, Upaya’. Throughout the Induction programme, they were exposed on the organizational structure of RBAirF and the roles and responsibilities of each Wing by respective Administrative Officer, how to manage their finance which was delivered by ‘Autoriti Monetari Brunei Darussalam’, importance of flight safety by Maj (U) Dk Nurazriana binti Pg Hassanan, importance of discipline in military by RSM Ops Grp, 11844 WO1 (U) Abd Halim Shah bin Haji Abd Kadir and practicing their drills by RSM Support Grp, 13429 WO1 (U) Ibrahim bin Mohidin.

The Induction programme have equipped the new personnel with the necessary information to guide them in starting their career inside RBAirF. With this guidance it will enable them to settle into the RBAirF military work life and be a competent personnel in keeping the sovereignty of Brunei Darussalam.


TUDB MENERIMA ANGGOTA BARU DARI PENGAMBILAN 166, INSTITUT LATIHAN, ABDB

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Jumaat, 22 Januari 2021 – 40 anggota Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang baru dari Pengambilan 166, Rekrut Kompeni, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, telah menyelesaikan program Induksi selama 6 minggu yang bermula pada 07 Disember 2020 hingga 22 Januari 2021 di bawah pengawasan Cawangan No 7. Program Induksi dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari 11898 PW1 (U) Mohamad Hamdris bin Haji Taha @ Tuah, Penolong Program Induksi.

Anggota-anggota baru berpeluang untuk bermuzakarah bersama Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB. Pemerintah TUDB menekankan pada ‘SEPADU – Sekuriti, Efisien, Piawaian, Agama, Disiplin, Upaya’. Sepanjang program Induksi, mereka didedahkan mengenai struktur organisasi TUDBdan peranan serta tanggungjawab setiap cawangan yang disampaikan oleh Pegawai Pentadbir masing-masing, pengurusan kawangan yang disampaikan oleh ‘Autoriti Monetari Brunei Darussalam’, kepentingan keselamatan penerbangan oleh Maj (U) Dk Nurazriana binti Pg Hassanan, kepentingan disiplin dalam ketenteraan oleh SMR Kump Gkn, 11844 PW1 (U) Abd Halim Shah bin Haji Abd Kadir dan menjalankan latihan kawad oleh SMR Kump Bantu, 13429 PW1 (U) Ibrahim bin Mohidin.

Program Induksi telah melengkapkan anggota-anggota baru dengan maklumat yang diperlukan untuk membimbing mereka memulakan kerjaya mereka di dalam TUDB. Dengan bimbingan ini, anggota-anggota akan dapat menyusuaikan kehidupan kerja sebagai TUDB dan menjadi anggota yang kompeten dalam menjaga kedaulatan Negara Brunei Darussalam.