RIMBA AIR FORCE BASE, MONDAY, 20 May 2019 – In the midst of the holy month of Ramadhan, the Royal Brunei Air force (RBAirF) women personnel had the opportunity to hold a cleaning campaign, recital of Yassin and Tahlil at several Muslim cemeteries. The activity took place at different locations of cemeteries namely, Tanah Perkuburan Islam Dagang, Tanah Perkuburan Islam Maulana, Tanah Perkuburan Islam Residency, Tanah Perkuburan Islam Terunjing, Tanah Perkuburan Islam Bukit Menumpang and Tanah Perkuburan Islam Pulaie.
The event commenced with cleaning campaign of the cemetery and continued with the recitation of Surah Yassin and Tahlil. The Tahlil session was concluded by the pouring of Air Asah-Asahan.
Such activity aimed to reminisce members of the RBAirF personnel and family members whom had passed away and at the same time to strengthen ties between the officers and other ranks. It also enhances the individuals’ good deeds towards Allah SWT and to enhance spiritual development during the holy month of Ramadan.

ASKAR WANITA TUDB MENGADAKAN BACAAN TAHLIL DAN KEMPEN KEBERSIHAN DI TANAH PERKUBURAN ISLAM
HARI ISNIN, 20 MEI 2019 – Sempena bulan Ramadhan yang mulia, Askar Wanita Tentera Udara Diraja Brunei (AWTU) termasuk Pegawai Wanita telah selesai mengadakan aktiviti menziarahi dan membersihkan tanah perkuburan islam yang dikendalikan oleh Pegawai Kebajikan dan Ketua Cawangan Pentadbiran AWTU bagi tahun 2019/2020.
Sebanyak 06 buah Tanah Perkuburan Islam telahpun diziarahi iaitu, Tanah Perkuburan Islam Dagang, Tanah Perkuburan Islam Maulana, Tanah Perkuburan Islam Residency, Tanah Perkuburan Islam Terunjing, Tanah Perkuburan Islam Bukit Menumpang dan Tanah Perkuburan Islam Pulaie.
Aktiviti tersebut dimulakan dengan membersihkan kawasan tanah perkuburan dan diikuti dengan membaca surah Yassin dan Tahlil yang diketuai oleh pembaca yang telah dilantik. Aktiviti tersebut diakhiri dengan menyiram air asah-asahan.
Aktiviti ini diadakan sebagai salah satu aktiviti AWTU di bulan Ramadhan disamping untuk mengambil pahala yang berlipat ganda serta untuk mengingati kaum keluarga dan rakan seperjuangan yang telah kembali kerahmatullah.