RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday 15 February 2018 – Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a promotion ceremony for 40 airmen comprising of 12 Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) and 38 Junior Non-Commissioned Officers (JNCOs). The ceremony was held at the Punai Hall, RBAirF and was organised by 10316 Act WO1 (U) Ambran bin Hj Mohamad


Present at the ceremony as the Guest of Honour was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Commander RBAirF who presented the rank insignias. This was witnessed by RBAirF Senior Officers, Officers and family members of the promoted airmen.


The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Ustaz Hj Mohd Said bin Hj Mohd Yusof, RBAirF Religious Teacher, followed by the presentation of the insignias by the Guest of Honour and ended with a Thanksgiving Prayer.

 
 
UPACARA KENAIKAN PANGKAT BAGI ANGGOTA-ANGGOTA TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis 15 Februari 2018 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Penyampaian Kenaikan Pangkat bagi 40 anggota TUDB yang terdiri daripada 12 Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan) dan 38 orang Pegawai Tidak Bertauliah  Rendah. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Punai, TUDB yang dipengerusikan oleh 10316 Pem PW1 (U) Ambran bin Hj Mohamad.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Pemerintah TUDB yang kemudiannya menyampaikan lencana pangkat kepada anggota-anggota TUDB yang dinaikkan pangkat.Upacara tersebut disaksikan oleh Pegawai-pegawai Kanan TUDB, Pegawai-pegawai TUDB, PTB-PTB Kanan dan ahli-ahli keluarga PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah yang dinaikkan pangkat. Majlis Kenaikan Pangkat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ustaz Hj Mohd Said bin Hj Mohd Yusof, Guru Agama TUDB, diikuti dengan penyampaian pangkat oleh Tetamu Kehormat dan diakhiri dengan Doa Kesyukuran.

​