KUALA LUMPUR, Tuesday 27 March 2018
– The Royal Brunei Air Force (RBAirF) and Royal Malaysian Air Force (RMAF) held its 13th Air Working Group (AWG RBAirf-RMAF) MALBRU on 26 March 2018 to 29 March 2018 at Wisma Perwira Malaysian Armed Forces, Kuala Lumpur.

The AWG was attended by three RBAirF officers led by Lieutenant Colonel (U) Mohammad Sufian bin Awang Ahmad. AWG RBAirf-RMAF Meeting is an annual meeting co-hosted by both Air Forces in which the 13th AWG RBAirf-RMAF were represented by Commanding Officer No.1 Wing, Operations Group, RBAirF Lieutenant Colonel Mohammad Sufian bin Awang Ahmad and Colonel Tong Veng Leong, Assistant Chief of Staff, Command Operation Group Headquarters A-5, RMAF.

The 13th AWG RBAirf-RMAF meeting is aimed at exchanging views and sharing valuable information on training and courses as well as reinforcing RBAirf-RMAF commitments and bilateral co-operation including the coordination of upcoming SAREX MALBRU 13/2018 in Brunei Darussalam.

 
 TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI MENGHADIRI MESYUARAT KELOMPOK KERJA UDARA TUDB-TUDM MALBRU SESI 13/2018

KUALA LUMPUR, Selasa 27 Mac 2018 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengadakan Mesyuarat Kelompok Kerja Udara (KKU TUDB- TUDM) MALBRU Siri ke 13 / 2018 dari 26 Mac 2018 hingga 29 Mac 2018  bertempat di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, Kuala Lumpur. 
 
Mesyuarat dihadiri oleh tiga orang pegawai dari TUDB yang diketuai oleh Leftenan Kolonel (U) Mohammad Sufian bin Awang Ahmad. Mesyuarat KKU TUDB-TUDM adalah mesyuarat tahunan yang dipengerusikan bersama oleh kedua Tentera Udara dimana KKU TUDB- TUDM MALBRU Siri ke 13 / 2018 diwakili oleh Pegawai Pemerintah No.1 Wing, Kumpulan Gerakan TUDB,  Yang Mulia, Leftenan Kolonel (U) Mohammad Sufian bin Awang Ahmad dan Kolonel Tong Veng Leong, Penolong Ketua Staf (AKS), Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) A-5, TUDM.

Mesyuarat KKU TUDB-TUDM MALBRU bertujuan untuk bertukar pendapat dan berkongsi maklumat dalam perihal latihan dan kursus-kursus di samping mengukuhkan lagi komitmen dan hubungan kerjasama dua hala di antara TUDB dan TUDM termasuk penyelarasan SAREX MALBRU 13/2018 yang akan dilaksanakan di Negara Brunei Darussalam.