DEWAN PUNAI, WEDNESDAY,  12 AUGUST 2026 –  The Royal Brunei Air Force (RBAirF) organised a Blood Donation Campaign in conjunction with the 65th Anniversary of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), as part of its community outreach initiatives. The campaign was conducted in collaboration with the Blood Donation Centre, Laboratory Services Department, Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) Hospital, Ministry of Health.

A total of 57 pints of blood were successfully collected from RBAirF personnel and civilian staff. The encouraging turnout reflects the RBAirF’s continued commitment to supporting the community, while demonstrating a strong spirit of compassion, solidarity, and social responsibility. Their generous contributions will further support the national blood supply.

Their participation highlights the importance of collective responsibility and the spirit of giving, while reinforcing the RBAirF’s commitment to supporting national initiatives beyond its core defence responsibilities.

KEMPEN DERMA DARAH TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI SEMPENA ULANG TAHUN KE-65 ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

DEWAN PUNAI, RABU, 12 OGOS 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Kempen Derma Darah sempena Hari Ulang Tahun Ke-65 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), sebagai sebahagian daripada inisiatif kemasyarakatan dan tanggungjawab sosial TUDB. Kempen ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Kementerian Kesihatan.

Sebanyak 57 pain darah telah berjaya dikumpulkan daripada warga TUDB dan kakitangan awam yang menyertai kempen tersebut. Sambutan yang menggalakkan ini mencerminkan komitmen berterusan TUDB dalam menyokong kesejahteraan masyarakat, di samping menyerlahkan semangat keprihatinan, perpaduan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan warga TUDB. Sumbangan yang diberikan secara sukarela ini diharap dapat membantu menambah bekalan darah negara.

Penyertaan warga TUDB dalam kempen ini turut mencerminkan kepentingan tanggungjawab bersama dan semangat memberi khidmat kepada masyarakat. Inisiatif ini juga memperkukuh komitmen TUDB dalam menyokong usaha-usaha kebangsaan serta melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya kepada masyarakat.