RIMBA AIR FORCE BASE, Friday 17 November 2017 – Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a promotion ceremony for 22 airmen comprising of 10 Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) and 12 Junior Non-Commissioned Officers (JNCOs) at Dewan Punai, RBAirF.

Present at the ceremony as the Guest of Honour was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Commander RBAirF who presented the rank insignias  witnessed by RBAirF Senior Officers, Officers and family members of the promoted airmen.

The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah headed by Ustaz Hj Mohd Said bin Hj Mohd Yusof, Religious Teacher RBAirF followed by the presentation of the insignias by the Guest of Honour and ended with a Doa Selamat.


UPACARA KENAIKAN PANGKAT BAGI  ANGGOTA-ANGGOTA TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat 17 November 2017 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi 22 anggota TUDB yang terdiri daripada 10 orang Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan) dan 12 orang Pegawai Tidak Bertauliah Rendah (PTB Rendah) di Dewan Punai, TUDB.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Pemerintah TUDB yang kemudiannya menyampaikan lencana pangkat kepada anggota-anggota TUDB yang dinaikkan pangkat yang  disaksikan oleh Pegawai-pegawai Kanan TUDB, Pegawai-pegawai TUDB dan ahli-ahli keluarga PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah yang dinaikkan pangkat.

Majlis Kenaikan Pangkat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Ustaz Hj Mohd Said bin Hj Mohd Yusof, Guru Agama TUDB, diikuti dengan penyampaian pangkat oleh Tetamu Kehormat dan diakhiri  dengan Doa Selamat.