



TDDB JUARA KEJOHANAN AKHIR RENANG DAN POLO AIR PERINGKAT ABDB 2019/2020
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 24 Januari 2020 – Pasukan Polo Air Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menewaskan pasukan Rejimen Pasukan Khas (RPK) dengan jaringan penalti 4 – 3 untuk menjuarai Kejohanan Polo Air peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) 2019/2020 di Kompleks Sukan, Pangkalan Tentera Udara Rimba. Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) di tempat ketiga.
Manakala di Kejohanan Renang, pasukan renang TDDB bergelar johan dengan memperolehi sebanyak 6 pingat emas, 2 pingat perak dan 2 pingat gangsa. Pasukan renang RPK mendapat tempat kedua dan pasukan renang Kementerian Pertahanan di tempat ketiga.
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB selaku tetamu kehormat.
Kejohanan Renang dan Polo Air peringkat ABDB 2019/2020 telah berlangsung bermula daripada 20 Januari 2020 dan disertai oleh enam pasukan terdiri dari Kementerian Pertahanan, TDDB, TLDB, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Institut Latihan ABDB (IL ABDB) dan RPK.