KAMPONG RIMBA, Wednesday, 01 October 2025 – A total of 13 Royal Brunei Air Force (RBAirF) personnel, including those from the Inspectorate Unit has successfully completed the Safety Management System Auditing Course conducted by Megamas Training Company Sendirian Berhad. The two-day training, held from 30 September to 01 October 2025, aimed to provide valuable insights into the principles and practices of conducting effective audits within an organisational safety framework.
The course emphasized the importance of structured approaches, clear documentation, and adherence to standards in evaluating safety management systems. One of the key highlight of the course was practical auditing to Aircraft Major Maintenance, No 5 Wing. Through practical, participants were able to gain confidence in applying auditing techniques in real scenarios such as interviewing personnel, reviewing documents, and observing workplace practices. Ultimately, improving their auditing competence and are better positioned to guide and support units in achieving compliance, reducing risks, and maintaining a high level of safety performance across operations.
The RBAirF’s continous effort in sending personnel to attend the Safety Management System Auditing course reflects a strategic investment in long-term organisational resilience. By prioritising capacity-building in safety management, the organisation ensures that its workforce is prepared to face evolving challenges, maintain regulatory compliance, and foster a culture of safety excellence. This effort signifies a proactive approach to strengthening both individual and organisational growth.




KURSUS
SAFETY MANAGEMENT SYSTEM AUDITING
KAMPONG RIMBA, Rabu, 02 Oktober 2025 – Seramai 13 anggota Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), termasuk dari Unit Inspektorat, telah berjaya menamatkan Kursus
Safety Management System Auditing yang dikendalikan oleh Megamas Training Company Sendirian Berhad. Latihan selama dua hari yang berlangsung pada 30 September hingga 01 Oktober 2025 ini bertujuan memberikan pendedahan yang berharga mengenai prinsip dan amalan dalam melaksanakan audit yang berkesan dalam rangka kerja keselamatan organisasi.
Kursus ini menekankan kepentingan pendekatan yang tersusun, pendokumentasian yang jelas, dan pematuhan kepada piawaian dalam menilai sistem pengurusan keselamatan. Salah satu keutamaan semasa kursus tersebut dijalankan adalah menjalankan audit secara praktikal ke pejabat
Aircraft Major Maintenance, Cawangan No 5. Melalui latihan praktikal ini, para peserta berpeluang meningkatkan keyakinan dalam mengaplikasikan teknik audit dalam situasi sebenar seperti menemu bual anggota, menyemak dokumen, dan memerhati amalan kerja. Ini telah meningkatkan kecekapan peserta kursus dalam mengaudit serta meletakkan mereka pada kedudukan yang lebih baik untuk membimbing dan menyokong unit dalam mencapai pematuhan, mengurangkan risiko, dan mengekalkan tahap prestasi keselamatan yang tinggi di seluruh operasi.
Usaha berterusan TUDB dalam menghantar anggota menghadiri
Safety Management System Auditing ini mencerminkan satu pelaburan strategik untuk ketahanan organisasi dalam jangka panjang. Dengan mengutamakan pembangunan kapasiti dalam pengurusan keselamatan, organisasi memastikan anggota bersedia menghadapi cabaran yang sentiasa berubah, mengekalkan pematuhan peraturan, dan memupuk budaya keselamatan dengan cemerlang. Usaha ini menandakan pendekatan proaktif dalam memperkukuh perkembangan individu dan organisasi.

