Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) merancang untuk mengadakan Sambutan Hari Terbuka Sempena Hari Ulangtahun (HUT) TUDB yang ke- 50 Tahun pada
hari Ahad, 4 September 2016 dari jam 0800 pagi hingga 1700 petang bertempat di Kompleks Sukan Pangkalan Tentera Udara (PTU), Rimba.
Konsep Sambutan Hari Terbuka Sempena HUT TUDB yang ke – 50 ini akan memfokuskan kepada penerapan tentang perkembangan dan kemajuan sejak penubuhan sehingga usia TUDB mencapai genap 50 tahun. Acara ini diharapkan akan dapat menarik minat orang awam terutama pelajar – pelajar untuk menceburi bidang kerjaya sebagai seorang tentera dalam TUDB, sekaligus untuk menaikkan imej TUDB. Disamping itu, ianya turut memberi peluang kepada anggota keluarga dan orang awam untuk melihat dengan lebih dekat kerjaya- kerjaya yang terdapat dalam TUDB melalui pertunjukkan Arena TUDB yang hanya akan diadakan pada hari Ahad, 4 September 2016 dan Pameran- Pameran Statik serta
Booth TUDB.
Selain itu, beberapa aktibiti dan permainan turut diaturkan bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Terbuka TUDB seperti Gerai Jualan Bazaar,
Flying Fox,
Car Boot Sale,
Paintball dari RBTS, Pony Ride dari
Saddle Club ABDB,
All Terrain Vehicle Ride,Tamiya Tournament, 4WD RC, Pet Show, Tri- Dive dari Poni Diver, Bubble Ball, Face Painting, Colouring Contest, TUDB Amazing Race, Bouncers dan banyak lagi. Aktibiti- aktibiti ini diharap akan dapat memupuk semangat kekeluargaan dikalangan anggota TUDB dan juga membantu memberi peluang keemasan bagi perniagaan kecil dan sederhana kepada orang ramai untuk memajukan produk serta perniagaan mereka. Bagi orang ramai yang berminat untuk menyertai Gerai Jualan Bazaar bolehlah mendaftar di Pejabat Pentadbiran KOWIRA ABDB, Berakas Garison, manakala bagi
Car Boot Sale bolehlah mendaftar di Pejabat Urusetia Hari Terbuka TUDB di Kompleks Sukan PTU, Rimba tidak lewat sebelum hari Selasa, 30hb Ogos 2016.