​RIMBA AIR FORCE BASE, Monday, 28 August 2023 - Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a sending-off ceremony for No. 2 Wing, Operations Group, RBAirF that will depart to The Republic of Singapore for its annual bilateral exercise called Exercise Airguard (Ex Airguard) from 28 August until 11 September 2023 at Air Movement Centre (AMC), RBAirF.

Ex Airguard inaugurated in 1994, is a two-weeks long exercise between No. 2 Wing, Operations Group, RBAirF and 18 Defence Artillery Battalion, Republic of Singapore Air Force (RSAF) that focuses on Combined Air Defence Deployment. This year a total of 42 personnel from a combination of personnel from No. 2 Wing, Operations Group, RBAirF two (2) officers from Unmanned Aerial System and personnel from the Religious Department Royal Brunei Armed Forces will be participating in the 27th Ex Airguard 2023.

The ceremony commenced with the recitation of
Surah Al-Fatihah led by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Hj Zainuddin and continued with a speech by the Guest of Honor, Colonel (U) Hishamuddin bin Abidin, Commander of Operations Group, to the exercise contingents. The ceremony then concluded with a recitation of
Doa Selamat and a group photo session with all of the exercise participants. 

RBAirF and RSAF are blessed with a long-standing relationship and Ex Airguard has been a platform to enable airmen of both air forces the opportunity to strengthen the close working relationship through sharing of experiences, knowledge and training in the field of Ground Based Air Defence.

Also present at the ceremony were senior officers, officers and family members of the RBAirF airmen.

MAJLIS DOA SELAMAT BAGI PEMERGIAN PESERTA EKSESAIS AIRGUARD 27/23 KE REPUBLIK SINGAPURA

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Isnin, 28 Ogos 2023 – Majlis Doa Selamat bagi Pemergian Peserta Eksesais Airguard 27/23 telahpun diadakan bagi anggota-anggota No. 2 Wing, Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang berangkat hari ini ke Republik Singapura bagi menyertai eksesais dua-hala iaitu Eksesais Airguard (Eks Airguard) mulai 28 Ogos 2023 hingga 11 September 2023 di Pusat Pergerakan Udara (PPU), TUDB.

Eksesais Airguard yang dirasmikan semenjak tahun 1994, adalah latihan dua minggu diantara Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan, TUDB bersama 18 Divisional Air Defence Artillery Battalion, Tentera Udara Republik Singapura (TURS) yang menumpukan kepada Latihan Aturgerak Gabungan Pertahanan Udara. Pada tahun ini, seramai 42 orang anggota terdiri daripada Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan, TUDB dua (2) pegawai daripada unit
Unmanned Aerial System dan seorang anggota dari Jabatan Agama Angkatan Tentera, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei bagi menyertai eksesais yang ke-27 Eks Airguard 2023.

Majlis Pemergian dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Hj Zainuddin dan diteruskan dengan ucapan yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat majlis, Kolonel (U) Hishamuddin bin Abidin, Pemerintah Kumpulan Gerakan. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan sesi begambar ramai bersama semua peserta-peserta eksesais.

TUDB dan TURS telah menjalinkan hubungan yang baik dan eksesais Airguard telahpun menjadi satu landasan untuk membolehkan anggota daripada kedua Tentera Udara dalam mengukuhkan persahabatan dan mengeratkan lagi hubungan kerja melalui perkongsian pengalaman, pengetahuan dan latihan dalam bidang Pertahanan Udara.

Juga turut menghadiri majlis tersebut adalah Pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai TUDB dan juga ahli-ahli keluarga kontinjen eksesais.