RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday, 04 August 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) hosted a study visit by The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Command and Staff Course (CSC) 16/2026 as part of their academic programme to gain a better understanding of the operational functions of RBAirF units.

The delegation, comprising 22 local officers from the Ministry of Defence, RBAF and Royal Brunei Police Force (RBPF), as well as 17 international officers received an overview of the RBAirF  including its future development plans to ensure continued operational readiness to safeguard national security.

The delegation also had the opportunity to engage with Brigadier General (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the RBAirF and members of the Board of Executives (BE) through a meaningful dialogue session, providing the course participants with the opportunity to engage directly with the RBAirF leadership.

Major Dk Hajah Siti Noraishah binti Pengiran Haji Tajudin, representing RBAF CSC 16/2026 expressed appreciation for the warm hospitality and insightful engagement. A commemorative gift exchange was then held between the Commander of the RBAirF and the representative of RBAF CSC 16/2026, followed by a group photograph.

The programme continued at Hangar A with a tour of the static displays, where they viewed various assets and equipment  showcased by both the Operations and Support Groups. This visit reflects the strong commitment of the RBAF CSC to fostering joint understanding and collaboration among defence and security stakeholders, while also strengthening professional military education across services and with international partners.

LAWATAN KERJA SAMBIL BELAJAR KURSUS MAKTAB TURUS 16/2026 KE TUDB

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 04 Ogos 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menerima lawatan kerja sambil belajar daripada Kursus Maktab Turus Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Siri 16/2026 sebagai sebahagian daripada program akademik bagi meningkatkan pemahaman peranan, fungsi dan keupayaan operasi TUDB.

Delegasi Kursus Maktab Turus ABDB tersebut terdiri daripada 22 pegawai tempatan daripada Kementerian Pertahanan, ABDB dan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), serta 17 pegawai antarabangsa, telah diberi taklimat mengenai TUDB termasuk perancangan pembangunan masa depan bagi memastikan kesiagaan operasi yang berterusan demi mempertahankan keselamatan negara.

Delegasi juga turut berpeluang untuk berinteraksi dengan Brigedier Jeneral (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei serta Badan Eksekutif TUDB melalui sesi dialog yang bermakna bersama barisan kepimpinan TUDB.

Mejar Dayangku Hajah Siti Noraishah binti Pengiran Haji Tajudin, wakil Kursus Maktab Turus ABDB Siri 16/2026,telah menyampaikan ucapan penghargaan atas sesi interaksi yang bermanfaat. Program diteruskan dengan sesi pertukaran cenderahati diantara TUDB dan wakil Kursus Maktab Turus ABDB Siri 16/2026 serta sesi bergambar ramai.

Delegasi seterusnya meneruskan lawatan ke Hangar A bagi menyaksikan pameran statik yang menampilkan pelbagai aset dan peralatan ketenteraan yang dipamerkan oleh Kumpulan Gerakan dan Kumpulan Bantu.

Lawatan ini mencerminkan komitmen kukuh Maktab Turus ABDB dalam memupuk persefahaman dan kerjasama bersepadu bersama pihak berkepentingan pertahanan dan keselamatan, di samping memperkukuh pendidikan ketenteraan profesional merentas perkhidmatan serta dengan rakan-rakan antarabangsa.