RIMBA AIR FORCE BASE, FRIDAY, 28 OCTOBER 2022 – The Syariah Criminal Law workshop for military personnel of the Royal Brunei Air Force (RBAirF) organized by the Religious Directorate of Ministry of Defence  (JAMA’AT) was conducted from 24 October 2022 to 28 October 2022 at the Fire Service, Training Room, Rimba Air Force Base (Rimba AFB).

A total of 13 military personnel attended the workshop, conducted for 05 days by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, RBAirF Religious Teacher.

Among the aims of this workshop is to provide exposure and understanding to the participants regarding the introduction to Syariah Penal Code Order 2013. the Syariah Criminal Law emphasizes deterrence rather than punishment and applies the concept of enjoining good and forbidding evil (amr ma’ruf and nahy mungkar), a concept leading towards the softening of the heart rather than carrying out punishment. Participants were also given an opportunity to discuss on issues surrounding the Syariah Law.

The Closing Ceremony was held today and commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah followed with a closing remark from a course representative. The event concluded with the presentation of certificates and the closing Doa.





KURSUS PENGENALAN FIQH JENAYAH BAGI ANGGOTA-ANGGOTA TUDB

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, JUMA’AT, 28 OKTOBER 2022 - Kursus Pengenalan Fiqh Jenayah bagi anggota-anggota tentera Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) anjuran Jabatanarah Agama Kementerian Pertahanan (JAMA’AT) telah sempurna dilaksanakan bermula 24 Oktober 2022 hingga 28 Oktober 2022 bertempat di bilik Kursus Fire Service Flight, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU).

Seramai 13 orang peserta terdiri daripada anggota tentera mengikuti kursus ini selama 05 hari yang dikendalikan oleh Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Guru Ugama TUDB.

Antara pengisian di dalam kursus ini ialah untuk memberikan kefahaman serta pendedahan kepada peserta mengenai konsep dan pengenalan kepada Perintah Kanun Jenayah Syariah 2013. Di dalam kursus ini juga ditekankan bahawa, undang-undang jenayah Islam adalah undang-undang yang menitikberatkan nilai keharmonian masyarakat berkonsepkan (amr ma’ruf dan nahy mungkar) konsep yang mendorong masyarakat untuk sentiasa membuat kebaikkan dan mencegah kemungkaran. Peserta juga dilibatkan bagi menyelesaikan permasalahan-permasalahan situasi jenayah sebagai latihan dan penglibatan mereka dalam kursus ini.

Majlis Penutup Kursus diadakan pada hari ini dan dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah serta ucapan dari wakil peserta kursus. Majlis diselajurkan dengan penyampaian sijil kepada peserta-peserta kursus dan disudahi dengan bacaan Doa penutup.