RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 06 April 2023 – The 1st Air Working Group (AWG) Meeting between the Royal Brunei Air Force (RBAirF) and Royal Australian Air Force (RAAF) was held successfully on 06 April 2023 via video tele-conference. The Co-Chairman from the RBAirF was Lieutenant Colonel (U) Haji Mohammad Albadii Shahnoel bin Haji Mohammad Noeh, Chief of Staff. Representing the RAAF was Group Captain Leigh Dunnett, Director International Engagement, RAAF.
The AWG Meeting began with opening remarks from both Co-Chairmans before proceeding with the predetermined agenda. The objectives of the meeting were to discuss activities, interactions and exchanges aimed at enhancing already close relationship as well as maintaining a strong military cooperation between the two Air Forces. The meeting was concluded officially with closing statements by both Co-Chairmans and a memento exchange.



MESYUARAT PERTAMA KELOMPOK KERJA UDARA TUDB – TUDA 2023
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 06 April 2023 – Mesyuarat Kelompok Kerja Udara (KKU) diantara Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) – Tentera Udara Diraja Australia (TUDA) kali pertama telah berlangsung dengan jayanya pada 06 April 2023 secara dalam talian. Pengerusi Bersama dari TUDB ialah Leftenan Kolonel (U) Haji Mohammad Albadii Shahnoel bin Haji Mohammad Noeh, Ketua Staf. Mewakili pihak TUDA ialah Group Captain Leigh Dunnett, Director International Engagement, TUDA.
Mesyuarat KKU dimulakan dengan ucapan pembukaan daripada kedua-dua Pengerusi Bersama sebelum meneruskan agenda yang telah dirancangkan. Objektif mesyuarat ini adalah untuk membincangkan aktiviti interaksi dan pertukaran bertujuan untuk meningkatkan hubungan yang sudah erat serta mengekalkan kerjasama ketenteraan yang kukuh antara kedua-dua Tentera Udara. Mesyuarat telah diakhiri secara rasmi dengan kenyataan penutup daripada kedua-dua Pengerusi Bersama dan pertukaran cenderahati.

