​RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 17 November 2023 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) successfully hosted the 9th Air Working Group (AWG) Meeting with the Indonesian Air Force (IDAF) from 14 to 17 November 2023. This event marked a significant step in strengthening the relationship and cooperation between the two air forces.

The meeting took place at the Air Movement Centre, Rimba Air Force Base. It was co-chaired by Colonel (U) Haji Mohamad Albadii Shahnoel bin Haji Mohamad Noeh, Chief of Staff of RBAirF, and Colonel Pnb I Gusti Putu Setia Dharma, Senior Staff Officer for Training at IDAF HQ (PABAN III/LAT SOPSAU). The meeting commenced with opening remarks from both Co-Chairmen, setting the stage for a comprehensive discussion on the pre-determined agenda. This year’s key focus was to deepen and enhance mutual relations and cooperation, particularly in training courses, official visits, and interactive programs. After the meeting, the IDAF delegates visited RBAirF’s static display, which showcased the latest capabilities. This visit fostered closer ties and enhanced mutual understanding between the two air forces.

The AWG’s program concluded with an official dinner, symbolizing the culmination of four days of productive dialogue and esprit de corps. This successful meeting lays a strong foundation for future collaboration, with the next AWG meeting scheduled in the Republic of Indonesia in 2025.


MESYUARAT KELOMPOK KERJA UDARA KE-9 DI ANTARA TUDB DAN TNI-AU

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 17 November 2023 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah selesai mengendalikan Mesyuarat Kelompok Kerja Udara (KKU) kali ke-9 bersama Tentara Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) dengan jayanya pada 14 hingga 17 November 2023 bertempat di Negara Brunei Darussalam. Acara ini menandakan satu langkah penting dalam memperkukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara kedua Tentera Udara.

Mesyuarat tersebut telah diadakan di Pusat Pergerakan Udara, Pangkalan Tentera Udara Rimba. Ianya dipengerusikan bersama oleh Kolonel (U) Haji Mohamad Albadii Shahnoel bin Haji Mohamad Noeh, Ketua Staf, TUDB dan Kolonel Pnb I Gusti Putu Setia Dharma, Perwira Pembantu Utama, Latihan Staf Operasi Angkatan Udara (PABAN III/LAT SOPSAU). Mesyuarat dimulakan dengan ucapan kata alu-aluan daripada kedua-dua Pengerusi Bersama, sebagai pembuka kepada perbincangan yang menyeluruh kepada agenda yang telah dirancangkan. Fokus utama tahun ini adalah untuk mengeratkan dan meningkatkan lagi hubungan dan kerjasama, khususnya dalam kursus dan latihan, lawatan rasmi serta program interaktif. Selepas mesyuarat tersebut, perwakilan TNI AU telah membuat Lawatan Pameran Statik TUDB, yang mempamerkan keupayaan terkini TUDB. Lawatan ini memupuk hubungan yang lebih erat dan meningkatkan persefahaman antara kedua-dua Tentera Udara.

Program KKU ini disudahi dengan Majlis Makan Malam Rasmi, bagi menandakan berakhirnya program perbicangan yang produktif dan semangat kesatuan di antara kedua Tentera Udara, yang mengambil masa selama empat hari. Kejayaan mesyuarat ini setentunya akan menjadi asas bagi kerjasama di masa hadapan. Mesyuarat KKU seterusnya dirancang akan dikendalikan di Republik Indonesia pada tahun 2025.​