RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 19 August 2022 - The Basic Introductory Al-Quran Workshop for military and civilian personnel of the Royal Brunei Air Force (RBAirF) organised by the Religious Affairs Department of Royal Brunei Armed Forces (JAMA’AT) was conducted from 15 August 2022 to 19 August 2022 at the Fire Service Flight, Training Room, Rimba Air Force Base (Rimba AFB).
A total of 19 military personnel have attended the Workshop this year, conducted for 05 days by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Religious Teacher of the RBAirF.
Among the aims of this workshop is to provide exposure and understanding to the participants about the importance of Tajwid knowledge and apply it to the recitation of Al-Quran verses, pronounciation of Hijaiyyah letters with the correct Makhraj and be able to recite the Al-Quran fluently and with Tajwid, such as the law of Mad, the law of Nun Mati, Tanwin, the law of Mim Mati, the law of Idgham, Waqaf signs, Uthmani letters and more.
Present as the Guest of Honor for the closing of the workshop was Captain (U) Muhammad Yusran bin Isak, Chairman of Takmir Surau Al-Barakah, RBAirF. The event started with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Sergeant (U) Amizulrani bin Kafli accompanied by the presentation of course completion certificates and the presentation of prizes for the best group. The event ended with the closing doa led by Lance Corporal (U) Muhammad Azim bin Abdul Jalil.



BENGKEL ASAS PENGENALAN AL-QURAN BAGI ANGGOTA-ANGGOTA TUDB
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 19 Ogos 2022 - Bengkel Asas Pengenalan Al-Quran bagi anggota-anggota tentera dan awam Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) anjuran Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT) telah sempurna dilaksanakan bermula 15 Ogos 2022 hingga 19 Ogos 2022 bertempat di Bilik Kursus Bomba, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba).
Seramai 19 anggota tentera telah mengikuti bengkel ini selama 05 hari yang dikendalikan oleh Yang Mulia Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Guru Ugama TUDB.
Antara pengisian di dalam bengkel ini ialah untuk memberikan pendedahan dan kefahaman kepada peserta mengenai kepentingan ilmu tajwid dan mengaplikasikannya ke dalam bacaan ayat-ayat Al-Quran, menyebut huruf-huruf Hijaiyyah dengan Makhraj yang tepat serta berkebolehan membaca Al-Quran dengan fasih dan bertajwid, seperti hukum Mad, hukum Nun Mati dan Tanwin, hukum Mim Mati, hukum Idgham, tanda-tanda Waqaf, tanda-tanda Rasmi Uthmani dan lain-lain lagi.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi Majlis Penutup bengkel tersebut ialah Yang Mulia Kapten (U) Muhammad Yusran bin Isak, Pengerusi Takmir Surau Al -Barakah, TUDB. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Sarjan (U) Amizulrani bin Kafli, disertai dengan penyampaian sijil-sijil tamat kursus dan penyampaian hadiah bagi kumpulan terbaik pembentangan. Acara ditutup dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Mulia Lans Kopral (U) Muhammad Azim bin Abdul Jalil.

