RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 31 January 2024 – The Aviation Standards and Evaluation, Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Handover Takeover Ceremony for the Head of Standards and Evaluation of the Royal Brunei Air Force (RBAirF), between Lieutenant Colonel (U) Mohammad Yusree bin Haji Mohd Yusainey and Lieutenant Colonel (U) Pengiran Mohammad Zulhusmi bin Pengiran Mohammad Roslan. The Ceremony was held at Hangar B, Rimba Air Force Base (Rimba AFB).
The ceremony began with the recitation of surah Al-Fatihah which was led by Corporal (U) Ali Rahman bin Mohamad. The Chairman of the event then invited Lieutenant Colonel (U) Mohammad Yusree to deliver a speech before signing a certificate marking the official handing over of the Head of Standards and Evaluation of the RBAirF. The event continued with the presentation of a souvenir to the Former Head of Standards and Evaluation RBAirF from the staff of Aviation Standards and Evaluation of the RBAirF. The ceremony ended with the recitation of doa along with a group photo session.


UPACARA SERAH TERIMA TUGAS KETUA PENILAIAN DAN PIAWAIAN PENERBANGAN TUDB
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 31 Januari 2024 – Pejabat Penilaian dan Piawaian Penerbangan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Upacara Serah Terima Tugas Ketua Penilaian dan Piawaian Penerbangan, iaitu diantara Leftenan Kolonel (U) Mohammad Yusree bin Haji Mohammad Yusainey dan Leftenan Kolonel (U) Pengiran Mohammad Zulhusmi bin Pengiran Mohammad Roslan. Upacara diadakan di Hangar B, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba) dan telah disaksikan oleh anggota-anggota Penilaian dan Piawaian Penerbangan, TUDB.
Majlis dimulakan dengan membaca surah Al-Fatihah beramai-ramai yang mana telah dikepalai oleh Koperal (U) Ali Rahman bin Mohamad. Seterusnya Pengerusi majlis menjemput yang mulia Leftenan Kolonel (U) Mohammad Yusree bagi menyampaikan ucapan dan menandatangani Sijil Serah Terima Tugas bersama Ketua Penilaian dan Piawaian Penerbangan yang baru. Selepas itu diselajurkan dengan penyampaian cenderahati kepada Mantan Ketua Penilaian dan Piawaian Penerbangan daripada staf-staf Pejabat Penilaian dan Piawaian Penerbangan. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Penutup dan juga sesi bergambar ramai.