Pangkalan Rimba, Jumaat, 14 Apr 2017 – Pada 17 Rejab 1438 bersamaan dengan 14 Apr 2017, Cawangan No. 7 Wing Tentera Udara Diraja Brunei telah menerima pucuk pimpinan yang baru. Upacara Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah Cawangan No. 7 Wing yang di adakan ini adalah diantara yang mulia 491 Leftenan Kolonel (U) Hismawadi bin Hj Mohd Said dan yang mulia 557 Mejar (U) Mohammad Hairy Eswandy bin Raya. Upacara ini telah berlangsung di Pusat Gerakan Udara, Pangkalan Rimba.
Yang hadir menyaksikan upacara tersebut ialah semua warga tentera dan kakitangan awam No 7 Wing. Upacara dimulakan dengan Pegawai Pemerintah memeriksa Kawalan Kehormatan dan diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang di bawa oleh Guru Agama, Ustaz Said Bin Haji Yusop.
Acara diteruskan dengan Pegawai Pemerintah menandatangani Sijil Serah Terima Tugas dengan Pegawai Pemerintah No. 7 Wing baru. Pegawai Pemerintah No. 7 Wing seterusnya menerima kehormatan yang terakhir dan upacara diteruskan dengan Pegawai Pemerintah baru memeriksa Kawalan Kehormatan.
Mantan Pegawai Pemerintah kemudian di jemput bagi upacara bergambar ramai bersama warga tentera dan kakitangan awam No 7 Wing. Acara ini di akhiri dengan jamuan ringan dan doa kesyukuran.


