​RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 08 July 2022 – A total of 70 Royal Brunei Air Force (RBAirF) male Privates have completed their 5-day Induction Programme, which commenced from 04 July 2022 until 08 July 2022, under the supervision of the RBAirF Human Resources Cell. The Induction Programme started with an introductory remark and a brief explanation of the RBAirF organisation from Lieutenant (U) Wan Qatrunnada Alwani binti Muhammad Kasim at the Ground Training Area, 31 Squadron, Rimba Air Force Base (Rimba AFB).

On top of the briefings, RBAirF Human Resources Cell ensured all were involved in cleaning campaigns, morning sports, Foreign Object Debris (FOD) walks and weekly religious activities to provide them with an understanding of the routine activities in the Rimba AFB.

This programme includes necessary information such as Records, Security, Anti-Drugs, Discipline, Pay and Corporal Club for the new privates to go about their new working environment in the RBAirF before being assigned to their respective group and wing.

Before the end of the programme, the new privates had a dialogue session with Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, the Deputy Commander of RBAirF, which covered the importance of Taqwa and emphasised the significance of following orders and the belief in self-improvement.

MENGALU-ALUKAN 70 SOLDADU LELAKI TUDB DARI PENGAMBILAN REKRUT YANG KE-168

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 08 Julai 2022 – Seramai 70 Soldadu lelaki Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menamatkan Program Induksi mereka selama 5 hari, yang bermula dari 04 Julai 2022 hingga 08 Julai 2022, di bawah penyeliaan Sel Sumber Manusia TUDB. Program Induksi dimulakan dengan ucapan pengenalan dan penerangan ringkas organisasi TUDB daripada Leftenan (U) Wan Qatrunnada Alwani binti Muhammad Kasim di bilik Ground Training Area, Skuadron 31, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba).

Di samping taklimat itu, Sel Sumber Manusia TUDB memastikan semua Soldadu TUDB baru terlibat dalam kempen pembersihan, sukan pagi, Foreign Object Debris (FOD) Walks dan aktiviti keagamaan mingguan untuk memberi mereka pemahaman tentang aktiviti rutin yang ada di PTU Rimba.

Program ini memberikan maklumat yang diperlukan seperti Rekod, Keselamatan, Anti-Dadah, Disiplin, Gaji dan Kelab Koperal untuk soldadu baru bagi menjalani persekitaran kerja baharu mereka di TUDB sebelum di serahkan ke kumpulan dan cawangan masing-masing.

Sebelum tamat program, soldadu baru mengadakan sesi dialog bersama Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Timbalan Pemerintah TUDB yang menekankan kepentingan Taqwa dalam diri dan juga menekankan kepentingan mematuhi perintah dan mempunyai kepercayaan terhadap peningkatan diri.