
RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 02 November 2018 – Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a pilot wing presentation ceremony for two (2) RBAirF officers at the Rajawali Hall, RBAirF Headquarters.
Commander of the RBAirF, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat presented the wings badge to the pilot graduates, witnessed by senior officers, officers and family members.
The recipients of the pilot wings were 1086 Lieutenant (U) Muhammad Nurhamizan bin Haji Mawardi and 1102 Lieutenant (U) Muhammad Nurul Azim bin Zakaria, in which both completed a 9 months Fixed Wing Flying Training Course at BAE Systems, Tamworth, Australia and a 10 months Rotary Wing Flying Training Course locally at 73 Squadron, 7 Wing, RBAirF which commenced in early 2017 and its successful completion in September 2018.
The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and proceeded with the presentation of the pilot wings to the recipients. To close the wing ceremony, the recital of Doa Kesyukuran was led by Ustaz Haji Saidi bin Haji Yussof.
Following the pilot wings presentation, the newly qualified pilots will now embark on their journey to become operational pilots as an addition and support towards achieving the RBAirF vision and mission.



Penyampaian Lencana JuruTerbang kepada Basic Fixed Wing Course (BFC) 53 / Basic Helicopter Course (BHC) 48.
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 02 November 2018 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah melangsungkan majlis penyampaian lencana juruterbang kepada dua (2) orang pegawai TUDB di Dewan Rajawali, Markas TUDB.
Pemerintah TUDB, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat menyampaikan lencana juruterbang kepada graduan juruterbang yang disaksikan oleh pegawai-pegawai eksekutif, pegawai-pegawai dan keluarga.
Penerima-penerima lencana juruterbang adalah 1086 Leftenan (U) Muhammad Nurhamizan bin Haji Mawardi dan 1102 Leftenan (U) Muhammad Nurul Azim bin Zakaria, yang mana kedua pegawai telah menamatkan latihan penerbangan Fixed Wing Flying Training Course di BAE Systems, Tamworth, Australia selama 9 bulan dan Rotary Wing Flying Training Course di 73 Skuadron, Cawangan Latihan, 7 Wing, TUBD selama 10 bulan yang telah bermula pada awal tahun 2017 dan berjaya menamatkan kursus penerbangan pada bulan September 2018.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan penyampaian lencana juruterbang kepada penerima-penerima lencana juruterbang. Majlis ditutup dengan bacaan Doa Kesyukuran yang dikepalai oleh Ustaz Haji Saidi bin Haji Yussof.
Dengan penyampaian lencana juruterbang, kedua pegawai tersebut akan memulakan perjalanan mereka beroperasi demi memberi sokongan bagi mencapai visi dan misi TUDB.

