Bandar Seri Begawan, Saturday, 12 November 2022 – The 26th Airguard concluded their 15-day program with community outreach at the Society for the Management of Autism Related Issues in the Training, Education, and Resources Brunei of Early Development Growth and Enabling (SMARTER EDGE), Kg. Mata-Mata.

With a total of 70 personnel, contingents from 238 Squadron, No. 2 Wing, Operations Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) and 18 Divisional Air Defense Artillery Battalion, Republic of Singapore Air Force (18 DA Bn, RSAF) has added this initiative as part of their bilateral cohesiveness. The initiative was led by both Contingent Commanders, Major (U) Adif bin Haji Zaman from RBAirF and Major Chua Jun Hao Alex from RSAF.

During the visit, the SMARTER EDGE Team Committee welcomed the delegation with an appreciation to both air forces for supporting the SMARTER EDGE. The visit was followed by a tour of the facilities, a cleaning campaign, student interactions with coloring, and games. The visit concluded with both heads of the delegation presenting gifts to students and teachers.

The community outreach activity was initiated for the first time since the establishment of the bilateral AIRGUARD Exercise in 1994 as part of their bilateral cohesiveness to the society. ​


KONTINJEN EKSESAIS AIRGUARD KE– 26 MENGADAKAN PROGRAM JANGKAUAN MASYARAKAT KEPADA SMARTER EDGE

Bandar Seri Begawan, Sabtu, 12 November 2022 – Eksesais Airguard yang Ke-26 tahun mengakhiri program 15 hari dengan jangkauan masyarakat kepada
Society for the Management of Autism Related issues in the Training, Education, and Resources Brunei of Early Development Growth and Enabling
(SMARTER EDGE), Kg. Mata-Mata.

Dengan keramaian 70 anggota, kontinjen daripada Skuadron 238, Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan
18 Divisional Air Defense Artillery Battalion, Tentera Udara Republik Singapura (18 DA Bn, TURS) telah menambah inisiatif ini sebagai sebahagian daripada kesepaduan dua hala dalam menyumbang kepada masyarakat. Inisiatif ini diketuai oleh kedua-dua Ketua Kontinjen iaitu Mejar (U) Adif bin Haji Zaman dari TUDB dan Mejar Chua Jun Hao Alex dari TURS.

Semasa lawatan tersebut, delegasi telah disambut oleh Jawatankuasa Pasukan SMARTER EDGE dengan ucapan penghargaan kepada kedua pihak tentera udara dalam memberikan bantuan dan sokongan kepada mereka. Lawatan diteruskan dengan aktiviti-aktiviti seperti lawatan ke tempat kemudahan mereka, kempen kebersihan dan aktiviti interaksi seperti mewarna dan permainan bersama pelajar-pelajar SMARTER EDGE. Lawatan diakhiri dengan penyerahan cenderahati daripada kedua-dua ketua kontingen Airguard dari TUDB dan TURS kepada pelajar-pelajar serta kakitangan di SMARTER EDGE.

Inisiatif bagi aktiviti khidmat masyarakat telah diadakan buat pertama kalinya sejak latihan gabungan dua hala Eksesais Airguard ditubuhkan sejak tahun 1994 sebagai salah satu langkah untuk mengeratkan silaturrahim bersama masyarakat.