RIMBA AIR FORCE BASE, Friday 07 December 2021 – A total of 28 participants successfully completed the Lance Corporal Leadership Course Serial 02/2021 which lasted for 2 weeks from 22 November to 03 December 2021 today. The closing ceremony was held virtually and present as The Guest of Honor was Captain (U) Pengiran Abdul Azim Bin Pengiran Idris, representative for RBAirF Leadership & Management Course Coordinator. Also present were the Assistant Course Coordinator and Instructors.

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by welcoming speech from course participant representative, Lance Corporal (U) Muhd Waliuddin bin Hj Abd Wahab. The ceremony commenced with a closing speech from the Guest of Honor and followed by a closing
doa recited by Lance Corporal (U) Mohamad Hazim @ Mohamad Fahmi Bin Mohamad Selimi.

The objective of this course is to train personnel to understand the duties and responsibilities as Junior Ranks in the RBAF, especially in the perspective of leadership as well as to train personnel knowledge, skills, attitude building and exposure for the development and management of human resources in forming a responsive, proactive Junior Ranks to be able to make decisions, able to think, plan and adopt higher knowledge as stated in in the RBAF Career Development Scheme.

Throughout the course, theoretical learning, examination and presentation were held via online. Course participants were also guided and taught about Leadership Characteristics, Leadership Style, Presentation Procedures, Commands and Instructions, Teamwork, Time Management, Planning, Thinking Skills, Table Top Planning (4P), Melayu Islam Beraja and Leadership in an Islamic perspective.

The course was conducted in accordance with Standard Operating Procedures and guidelines issued by the Ministry of Health of Brunei Darussalam.


28 ANGGOTA TUDB MENAMATKAN KURSUS KEPIMPINAN LANS KOPERAL SIRI 02/2021

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat 07 Disember 2021 – Seramai 28 anggota TUDB berjaya menamatkan Kursus Kepimpinan Lans Koperal Siri 02/2021 yang berlangsung selama 2 minggu bermula 22 November hingga 03 Disember 2021 pada hari ini. Majlis Penutup Kursus tersebut telah diadakan secara maya dan hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Kapten (U) Pengiran Abdul Azim Bin Pengiran Idris selaku wakil Pegawai Pengendali Kursus Kepimpinan & Pengurusan TUDB. Turut hadir ialah Penolong Pegawai Pengendali Kursus dan Jurulatih-Jurulatih Kursus.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan ucapan alu-aluan dari wakil peserta kursus, Lans Korporal (U) Muhd Waliuddin bin Hj Abd Wahab. Kursus tersebut ditutup secara rasminya dengan ucapan penutup dari Tetamu Kehormat Majlis diiringi dengan Doa Penutup yang dibacakan oleh Lans Korporal (U) Mohamad Hazim @ Mohamad Fahmi Bin Mohamad Selimi. 

Objektif kursus tersebut adalah untuk melatih anggota PTB-PTB Rendah yang berpangkat Lans Koperal untuk memahami tugas dan tanggungjawab selaku PTB Rendah dalam ABDB terutama dalam perspektif kepimpinan serta melatih anggota PTB-PTB Rendah dengan pengetahuan, kemahiran, membina jati diri dan pendedahan bagi mencapai hasrat perkembangan dan pengurusan sumber tenaga manusia dalam meningkatkan lagi keupayaan serta membentuk seorang anggota PTB Rendah yang responsif, proaktif, mampu membuat keputusan, mampu berfikir, merancang dan berpengetahuan tinggi seperti yang digariskan dalam Skim Perkembangan Kerjaya ABDB.

Sepanjang kursus tersebut, pembelajaran teori, peperiksaan dan ujian pembentangan telah diadakan secara maya. Peserta kursus juga telah diajarkan mengenai Ciri-Ciri Kepimpinan, Gaya Kepimpinan, Tatacara Pembentangan, Perintah dan Arahan, Kerja Berpasukan, Pengurusan Masa, Perancangan, Kemahiran Berfikir,
Table Top Planning (4P), Melayu Islam Beraja dan Kepimpinan Dalam Islam.

Kursus tersebut telah dikendalikan mengikut Prosedur Operasi Standard dan garis pandu yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Brunei Darussalam.