PATTAYA, THAILAND, 11 September 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF)
and the Royal Thai Air Force (RTAF) successfully concluded the 5 th RBAirF–RTAF Air
Working Group (AWG) today in Pattaya, Thailand.
The meeting was co-chaired by Air Marshal Wisanu Niamkome, Deputy Chief of the Air
Staff, RTAF, and Lieutenant Colonel (Udara) Mohd Hairy Erwandy bin Haji Raya, Chief
of Staff, RBAirF.
Serving to enhance bilateral defence diplomacy, the AWG focused on bolstering
regional security through expanded training, professional military education, and
Subject Matter Expert Exchanges (SMEE). Both Air Forces’ finalised a robust lineup of
2027 initiatives, highlighted by the upcoming Exercise FLYING KERIS which aims to
maximise joint interoperability and operational readiness.
Beyond the formal sessions, cultural and social programmes hosted by the RTAF
successfully deepened camaraderie and mutual trust between the delegations. The 5th
AWG concluded with a shared commitment to maintaining this positive momentum and
reinforcing long-term regional stability.
The RBAirF is scheduled to host the 6 th AWG in Brunei Darussalam in 2028.


MESYUARAT KKU KE-5 TUDB–TUDT MEMPERKUKUHKAN KERJASAMA DUA
HALA
PATTAYA, THAILAND, 11 September 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB)
dan Tentera Udara Diraja Thailand (TUDT) hari ini berjaya menamatkan Mesyuarat
Kumpulan Kerja Udara (KKU) ke-5 TUDB–TUDT di Pattaya, Thailand.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama oleh Air Marshal Wisanu Niamkome,
Timbalan Ketua Staf Udara RTAF, dan Leftenan Kolonel (Udara) Mohammed Hairy
Erwandy bin Haji Raya, Ketua Staf TUDB.
Bagi memperkasa diplomasi pertahanan dua hala, Mesyuarat KKU memberikan
tumpuan kepada usaha memperkukuh keselamatan serantau melalui latihan lanjutan,
pendidikan ketenteraan profesional, dan Pertukaran Kepakaran (Subject Matter Expert
Exchanges (SMEE)). Kedua-dua Tentera Udara telah memuktamadkan rangkaian
inisiatif tahun 2027 yang komprehensif, yang ditonjolkan melalui Eksesais FLYING
KERIS akan datang yang bertujuan untuk memaksimumkan saling kebolehoperasian
(interoperabiliti) dan kesiapsiagaan operasi.
Bagi melengkapi sesi-sesi rasmi, program kebudayaan dan sosial yang dihoskan oleh
RTAF telah berjaya memperdalam semangat setia kawan serta kepercayaan bersama
antara delegasi. AWG ke-5 diakhiri dengan komitmen bersama untuk mengekalkan
momentum positif dan memperkukuh kestabilan serantau jangka panjang.
TUDB dijadualkan menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat KKU ke-6 di Negara Brunei
Darussalam pada tahun 2028.

