​

RIMBA AIR FORCE BASE (RIMBA AFB), Tuesday, 13 June 2022 – His Excellency, Dr. Sujatmiko, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary to Negara Brunei Darussalam paid a visit to Royal Brunei Air Force (RBAirF). Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of RBAirF and Lieutenant Colonel (U) Schufin bin Hj Brahim, Wing Commander No. 5 Wing were present to welcome His Excellency to Hangar B, RBAirF. Also present in His Excellency’s delegation were Colonel Doddy Suhadiman, Indonesian Defense Attaché, and Major Tinton Kurniawan, Indonesian Assistant Defense Attaché.

The purpose of His Excellency’s visit was specifically to see the maintenance progress that is currently being carried out on CN235-110 by the Original Equipment Manufacturer (OEM), PT. Dirgantara Indonesia (PTDI). The maintenance commenced on 25 May 2022 and is due to complete in July 2022 after completion of flight tests. His Excellency was briefed on the current maintenance progress, which was then followed by a short interaction session between the Indonesian counterparts.

The maintenance tasks are mainly led by PTDI personnel, whilst No. 55 Squadron personnel continue to be of assistance. This has also been a great opportunity for No. 55 Squadron technicians to do on the job training and exchange views on best engineering practices.



DUTA REPUBLIK INDONESIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MEMBUAT LAWATAN KE CN235-110

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA (PTU RIMBA), Selasa, 13 Jun 2022 – Tuan Yang Terutama, Dr. Sujatmiko, Duta Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam membuat lawatan ke Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB). Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB, dan Leftenan Kolonel (U) Schufin bin Hj Brahim, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 5 hadir untuk menyambut ketibaan Tuan Yang Terutama ke Hangar B, TUDB. Turut hadir dalam delegasi Tuan Yang Terutama ialah Kolonel Doddy Suhadiman, Atase Pertahanan Indonesia dan Mejar Tinton Kurniawan, Penolong Atase Pertahanan Indonesia.

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat kemajuan kerja penyelenggaraan yang sedang dijalankan pada CN235-110 oleh pihak pembuat asal, PT. Dirgantara Indonesia (PTDI). Penyelenggaraan bermula pada 25 Mei 2022 dan dijangka siap pada Julai 2022 selepas ujian penerbangan selesai dikendalikan oleh juruterbang ujian penyelenggaraan dari pihak PTDI. Tuan Yang Terutama telah diberi taklimat mengenai kemajuan penyelenggaraan dan kemudiannya diikuti dengan sesi interaksi diantara kedua-dua pihak Indonesia.

Tugas-tugas penyelenggaraan terutamanya dikepalai oleh pihak PTDI, manakala juruteknik No. 55 Skuadron terus memberi banutan tenaga apabila diperlukan. Ini juga merupakan peluang yang baik untuk bantuan juruteknik No. 55 Skuadron untuk menjalani latihan dalam kerja di mana ianya juga satu platform untuk berkongsi tentang best engineering practices.