BANDAR SERI BEGAWAN, Saturday, 15 July 2023 – The nation celebrated His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s 77th birthday with a Grand Parade at Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien in the capital. No. 1 Wing, Royal Brunei Air Force (RBAirF), organised a notable flypast with the 07 Sikorsky Blackhawk S70i aircraft from the 11 Squadron. The flypast showcased unity, flying skills, and precision, complementing the Grand Parade.
The flypast, led by Major (U) Dayangku Nurazriana binti Pengiran Hassanan, captured the attention of attendees during the end of the Grand Parade. Behind the scenes, the Ground Coordinators played a crucial role in ensuring a seamless aerial display. Their meticulous groundwork began before the Grand Parade, ensuring precise synchronisation with the national anthem for a notable performance.
Preparations for the flypast took two weeks, emphasising safety and precise timing coordinated by different teams of the RBAirF. The engineers from 51 Squadron ensured sufficient airworthy aircraft for rehearsals as well as the main event.
On the other hand, the successful simultaneous air show and ground parade exemplified the remarkable unity and well-coordinated teamwork between No. 1 Wing in the sky and the Ground Coordination Team, being led by Lieutenant (U) Dayang Nur Aminatul ‘Aziemah Azreen binti Awang Haji Mohammad Hasreen, an Air Traffic Control Officer from No. 3 Wing. Their dedication and expertise resulted in a memorable celebration to honour His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s 77th birthday celebration.


DI SEBALIK TABIR KEJAYAAN TERBANG LALU BAGI SAMBUTAN HARI PUJA USIA KDYMM KE-77
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 15 Julai 2023 – Seluruh negara telah meraikan Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-77 dengan Istiadat Perbarisan Kehormatan di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien di ibu negara. Cawangan No. 1, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mewarnai langit Bandar Seri Begawan dengan Acara Terbang Lalu pesawat 07 Sikorsky Blackhawk S70i dari Skuadron 11. Adegan ini telah mempamerkan perpaduan, kemahiran terbang dan ketepatan, melengkapkan Istiadat Perbarisan Kehormatan.
Acara Terbang Lalu yang diketuai oleh Mejar (U) Dayangku Nurazriana binti Pengiran Hassanan, turut menjadi perhatian orang ramai sebaik rombongan melintas pada penutup Istiadat tersebut. Di sebalik kejayaan Acara Terbang Lalu ini, Kumpulan
Ground Coordinators memainkan peranan penting dalam memastikan ianya dikoordinasikan dengan lancar. Kerja asas yang teliti bermula telah sebelum Istiadat Perbarisan Kehormatan bagi memastikan ketepatan masa untuk pertunjukkan yang mengagumkan.
Persediaan untuk Acara Terbang Lalu ini telah mengambil masa 02 minggu, yang mana, di setiap persiapan telah menekankan keselamatan dan masa yang tepat yang diselaraskan oleh Cawangan-Cawangan TUDB. Jurutera dari Skuadron 51 bertanggungjawab bagi memastikan keadaan pesawat layak untuk digunakan semasa latihan dan pada acara kemuncak.
Kejayaan Acara Terbang Lalu ini juga turut menunjukkan perpaduan yang mengagumkan dan penyelarasan kerjasama yang diantara Cawangan No. 1 dan
Ground Coordinators, yang diketuai oleh Leftenan (U) Dayang Nur Aminatul ‘Aziemah Azreen binti Awang Haji Mohammad Hasreen, Pegawai Kawalan Trafik Udara dari Cawangan No. 3. Dedikasi dan kepakaran setiap anggota telah menghasilkan sambutan yang luar biasa, demi Sambutan Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-77.

