​​BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 12 April 2023 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) personnel and their children with different abilities continue to receive attention and care from Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and RBAirF. A total of 32 children of RBAirF with different abilities received donations today in conjunction with the Holy Month of Ramadhan, which was held at Makan Ceria Restaurant (McDonald’s) Lambak, Berakas.

Present as the Guest of Honour was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of RBAirF. The event commenced with the presentation of the donations to recipients. Recipients received donations from RBAF Welfare Fund as well as goodies from RBAirF, Citra Dewi Restaurant and Catering and McDonald’s Restaurant. The event concluded with Iftar provided by different organizations involved in celebrating the differently-abled children of RBAirF in the Holy Month of Ramadhan.

The annual event is one of the community activities which aims to raise awareness and support for the different abilities and to promote a cohesive society among the uniformed personnel and the community.


MAJLIS MERAIHKAN ANAK-ANAK BERKELAINAN UPAYA TUDB SEMPENA BULAN RAMADHAN 1444H

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 12 April 2023 – Anak-anak berkelainan upaya anggota Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) sentiasa mendapat perhatian dan pemedulian dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan TUDB. Seramai 32 anak-anak berkelainan upaya menerima sumbangan pada hari ini sempena Bulan Ramadhan yang mulia. Majlis telah dikendalikan di Restoran Makan Ceria (McDonald’s) Lambak, Berakas.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB. Majlis dimulakan dengan penyampaian sumbangan berupa wang tunai dari Tabung Kebajikan ABDB dan cenderahati dari TUDB, Restoran dan Katering Citra Dewi dan McDonald’s. Acara diakhiri dengan acara Iftar yang disediakan oleh pertubuhan-pertubuhan yang terlibat bagi meraihkan anak-anak berkelainan upaya TUDB sempena Bulan Ramadhan yang Mulia.

Acara tahunan ini merupakan salah satu aktiviti kemasyarakatan yang bertujuan untuk meningkatkan sifat pemedulian dan juga meningkatkan kesederan mengenai anak-anak berkelainan upaya serta mengeratkan silaturrahim antara anggota dan masyarakat.