RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 17 September 2026 – The Certificate
Presentation and Closing Ceremony for the Junior Non-Commissioned Officer
(JNCO) Leadership Course Serial 01/2026 was held today at Dewan Punai, Rimba
Air Force Base. A total of 36 Royal Brunei Air Force (RBAirF) personnel successfully
completed the intensive four-week course, which ran from 21 August 2026 to 18
September 2026.
Gracing the event as the Guest of Honour was Captain (Udara) Siti Nur Aqidah @
Safwanah binti Muhammad Azmi, Officer in Charge of Engineering Control &
Planning, No. 5 Wing, Support Group. Also in attendance were Officers, Senior Non-
Commissioned Officers (SNCOs), Instructors, and invited guests.
The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, led by Lance
Corporal (Udara) Muhammad Irsyad Salihin bin Abdullah Kamarulzaman, followed
by the reading of verses 102 to 105 of Surah Al-Imran by Lance Corporal (Udara)
Ahmad Nur Aiman Bin Haji Mohamad. Concluding the opening segment, Lance
Corporal (Udara) Ahmad Syafiee bin Samri delivered a reflection speech on behalf of
the course participants. The event then proceeded to its highlight—the presentation
of certificates—followed by an address from the Guest of Honour, and concluded
with a closing prayer.
Highlighting the ceremony was the presentation of special awards for outstanding
performance. The Best Overall Student Award was presented to Lance Corporal
(Udara) Ahmad Syafiee bin Samri from No. 5 Wing. Meanwhile, Lance Corporal
(Udara) Muhammad Syafiq bin Suhailon, also from No. 5 Wing, received the Best
Academic Award, and Lance Corporal (U) Muhammad Khairi Wafi @ Jumat bin
Kamis from No. 6 Wing was honoured with the Best Practical Award.
The course was strategically designed to equip participants with the essential
leadership skills and practical exposure required to navigate their evolving roles
within the RBAirF and the wider Royal Brunei Armed Forces (RBAF). Furthermore,
the curriculum heavily emphasised fostering core competencies and leadership
confidence, enabling these future leaders to guide their subordinates and execute
their duties with optimal efficiency and effectiveness.
RBAirF extends its heartiest congratulations to all participants of the JNCO
Leadership Course Serial 01/2026 on their successful completion of the course.

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUP KURSUS KEPIMPINAN PTB
RENDAH SIRI 01/2026

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 17 September 2026 – Majlis
Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Kepimpinan Pegawai Tidak Bertauliah (PTB)
Rendah Siri 01/2026 telah diadakan hari ini bertempat di Dewan Punai, Pangkalan
Tentera Udara Rimba. Seramai 36 orang anggota Tentera Udara Diraja Brunei
(TUDB) telah berjaya menamatkan kursus intensif selama empat minggu tersebut,
yang bermula dari 21 Ogos 2026 hingga 18 September 2026.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah Kapten (Udara) Siti Nur
Aqidah @ Safwanah binti Muhammad Azmi, Pegawai Penguasa Engineering Control
& Planning, Cawangan No. 5, Kumpulan Bantu. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai,
PTB Kanan, para Jurulatih, dan jemputan khas.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Lans Koperal
(Udara) Muhammad Irsyad Salihin bin Abdullah Kamarulzaman, dan diteruskan
dengan bacaan ayat 102 hingga 105 dari Surah Al-Imran oleh Lans Koperal (Udara)
Ahmad Nur Aiman Bin Haji Mohamad. Seterusnya, majlis mendengarkan ucapan
wakil peserta kursus yang disampaikan oleh Lans Koperal (Udara) Ahmad Syafiee
bin Samri. Acara kemudiannya diteruskan dengan kemuncak majlis iaitu
penyampaian sijil, diikuti dengan ucapan daripada Tetamu Kehormat, dan diakhiri
dengan bacaan Doa Selamat.
Majlis turut menyaksikan penyampaian anugerah-anugerah khas bagi menghargai
prestasi cemerlang para peserta. Anugerah Penuntut Terbaik Keseluruhan
disandang oleh Lans Koperal (Udara) Ahmad Syafiee bin Samri dari Cawangan No.
5. Sementara itu, Lans Koperal (Udara) Muhammad Syafiq bin Suhailon, juga dari
Cawangan No. 5, menerima Anugerah Akademik Terbaik, dan Lans Koperal
(Udara) Muhammad Khairi Wafi @ Jumat bin Kamis dari Cawangan No. 6
dianugerahkan Anugerah Praktikal Terbaik.
Kursus ini bertujuan untuk melengkapkan para peserta dengan kemahiran
kepimpinan dan pendedahan praktikal yang diperlukan dalam menggalas peranan
kepimpinan mereka di peringkat TUDB mahupun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei
(ABDB) secara amnya. Di samping itu, kurikulum kursus memberi penekanan
terhadap pembentukan kompetensi teras dan keyakinan diri, sekali gus
membolehkan bakal pemimpin ini membimbing anggota bawahan serta
melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh cekap dan efektif.
TUDB mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta Kursus
Kepimpinan PTB Rendah Siri 01/2026 atas kejayaan menamatkan kursus dengan.