BANDAR SERI BEGAWAN, Friday, 09 September 2022 – The Closing Ceremony for Royal Brunei Air Force (RBAirF) Sergeant Leadership Course Serial 01/2022 was held this morning at a restaurant in Kiulap, Bandar Seri Begawan.

Present as the Guest of Honor was Captain (U) Pengiran Abd Azim bin Pengiran Idris, Training & Planning Officer of No. 7 Wing, RBAirF. Also present during the ceremony were Acting Admistrative Officer of No.7 Wing, Lieutenant (U) Fazrina binti Tuah, Acting Wing Sergeant Major of No. 7 Wing, Warrant Officer 1 (U) Haji Mohamad Hasni bin Haji Abdul Ghani, and instructors of Leadership and Management RBAirF, Headquarters of No. 7 Wing.

The ceremony began with group photo session and then recitation of Surah Al-Fatihah which was led by Acting Sergeant (U) Abdul Hakim bin Awang Haji Asli and followed by a speech from Acting Sergeant (U) Mohammad Sharimin bin Haji Mohammad Nafiah, a course participant of Sergeant Leadership Course Serial 01/2022.

The ceremony continued with the presentation of certificates and best achievements awards to the course participants, followed by a speech from the Guest of Honor and the official closing of the Sergeant Leadership Course Series 01/2022.

The Best Overall Student was awarded to Acting Sergeant Nuralifah binti Haji Marzi from RBAirF HQ, Best in Essay Writing was awarded to Sergeant Saiful Bahreen bin Metassim from No. 4 Wing RBAirF, Best in Theory was awarded to Acting Sergeant Audi Zulkarnain bin Morni from MRS RBAirF, Best in Academic was awarded to Acting Sergeant Nassiruden bin Asmat from PTI RBAirF and Best in Presentation was awarded to Acting Sergeant Hasshida binti Awang Sayang from MRS RBAirF.




MAJLIS PENUTUP KURSUS KEPIMPINAN & PENGURUSAN SARJAN SIRI 01/2022

BANDAR SERI BEGAWAN, Juma’at, 09 September 2022 – Majlis Penutup Kursus Kepimpinan & Pengurusan Sarjan Siri 01/2022 Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah berlangsung pada hari ini di sebuah hotel di Kiulap, Bandar Seri Begawan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Kapten (U) Pengiran Abd Azim bin Pengiran Idris, Pegawai Rancangan & Latihan, Markas Cawangan No. 7, TUDB. Turut hadir dimajlis tersebut selaku Jemputan Khas ialah Pemangku Pegawai Pentadbir Cawangan No. 7, Leftenan (U) Fazrina binti Tuah, Pemangku Sarjan Mejar Cawangan No. 7, Pegawai Waran 1 (U) Haji Mohamad Hasni bin Haji Abdul Ghani, Penolong Pegawai Pengendali Kursus dan Jurulatih-Jurulatih Cawangan Kepimpinan & Pengurusan TUDB, Markas Cawangan No.7.

Majlis dimulai dengan sesi bergambar ramai dan diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Pemangku Sarjan (U) Abd Hakim bin Awang Haji Asli dan diikuti dengan Ucapan dari Wakil Peserta Kursus iaitu Pemangku Sarjan (U) Mohd Sharimin bin Hj Mohd Nafiah, selaku Pengerusi Majlis.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil-sijil kepada peserta-peserta kursus, serta anugerah-anugerah terbaik dan diikuti dengan ucapan penutup rasmi kursus Kepimpinan & Pengurusan Sarjan Siri 01/2022 yang disempurnakan oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat.

Anugerah Penuntut Terbaik Keseluruhan disandang oleh Sarjan Nuralifah binti Haji Marzi dari unit Markas TUDB, Terbaik dalam Penerbitan Kertas Kerja diberikan kepada Sarjan Saiful Bahreen bin Metassim  dari Cawangan No.4, Penuntut Terbaik Amali pula diraih oleh Sarjan Audi Zulkarnain bin Morni dari unit MRS TUDB, Penuntut Terbaik Akademik disandang oleh Sarjan Nassiruden bin Asmat dari Unit Jurulatih Jasmani TUDB, dan Penuntut Terbaik Pembentangan ialah Sarjan Hasshida binti Awg Sayang dari unit MRS TUDB.​