HEADQUARTERS PACIFIC AIR FORCES, Joint-Base Pearl Harbor-Hickam, Hawaii, United States of America, Monday 13 November 2023 - Commander of the Royal Brunei Air Force (Comd RBAirF) attended the 23rd PACS Symposium held from 13 until 16th November 2023. Accompanying the Comd RBAirF was Warrant Officer 1, Suridi bin Hj Ibrahim, Air Force Sergeant Major (AFSM), RBAirF as the Senior Enlisted Leaders (SEL). RBAirF was one of the 22 Air Forces represented at the largest biannual Air Chief symposiums to date.
The theme for this year was Applying Global Lessons to Challenges of Regional Security. PACS 23 remains a crucial forum to strengthen alliances and partnerships. As security challenges evolve rapidly globally, Air Forces need to leverage these partnerships to deter threats and promote shared values. This can be achieved together with allied and partner Air Chiefs in reinforcing security and stability throughout the Indo Pacific region.
PACS 23 featured panels discussing the importance of air domain awareness, lessons learned from recent conflicts, and humanitarian assistance and disaster relief. The event also featured social engagements for the international partners to strengthen existing relationships. Respective SELs were also involved in ways forward for future engagements in personnel development of respective Air Forces through participation of exchanges and discussions. Comd RBAirF also engaged in several bilateral meetings with other Air Force Chiefs in fostering further collaborations in the future.




PEMERINTAH TUDB MENGIKUTI THE PACIFIC AIR CHIEFS’ SYMPOSIUM (PACS 23)
MARKAS PACIFIC AIR FORCES, Joint-Base Pearl Harbor-Hickam, Hawaii, Amerika Syarikat, Isnin 13 November 2023 - Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (Pem TUDB) telah menghadiri Simposium PAC ke-23 dari 13 hingga 16 November 2023. Turut mengirigingi Pem TUDB ialah Pegawai Waran 1 Suridi bin Hj Ibrahim, Sarjan Mejar Tentera Udara Diraja Brunei (SMTU) sebagai Senior Enlisted Leader (SEL). TUDB adalah salah satu daripada 22 Tentera Udara yang mewakili simposium PACS terbesar setakat ini, yang diadakan setiap dua tahun secara lazimnya.
Tema bagi tahun ini adalah Menerapkan Pengajaran Global kepada Cabaran Keselamatan Serantau. PACS 23 menjadi forum yang berkepentingan untuk mengukuhkan persekutuan dan perkongsian. Dalam menangani cabaran perubahan keselamatan sekuriti yang sentiasa pantas, Tentera Udara perlu memanfaatkan perkongsian ini untuk memastikan terkawalnya ancaman dan menggalakkan nilai-nilai bersama. Ini boleh dicapai bersama-sama dengan Ketua-Ketua Tentera Udara sekutu dan rakan untuk mengukuhkan keselamatan dan kestabilan di rantau Indo-Pasifik.
PACS 23 tahun ini menampilkan panel-panel yang membincangkan kepentingan kesedaran domain udara, pengajaran daripada konflik terkini, dan operasi bantuan kemanusiaan serta bantuan bencana. Simposium tersebut juga menampilkan aktiviti sosial bagi rakan antarabangsa untuk mengukuhkan hubungan yang telah terjalin. SEL juga terlibat dalam langkah-langkah ke hadapan untuk dalam pembangunan anggota-anggota Tentera Udara masing-masing melalui penyertaan melalui dalam pertukaran maklumat dan pelbagai perbincangan. Pem TUDB juga terlibat dalam beberapa perbincangan dua hala dengan Ketua-Ketua Tentera Udara lain untuk memperkukuhkan lagi kerjasama di masa hadapan.


