Rimba Air Force Base, Wednesday, 9 February 2022
– Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of RBAirF, attended a session with the Newly Commissioned Royal Brunei Air Force Officers of Intake 20 as part of their 1-week induction programme before going into their respective units.​

The session began with the RBAirF Commander congratulating and welcoming the Newly Commissioned Royal Brunei Air Force Officers of Intake 20 to The Royal Brunei Air Force.

The session continued with the Commander of RBAirF sharing the organisation’s expectations on officers as leaders and challenges of junior officers as leaders in RBAirF. The Commander of RBAirF also emphasised the importance of the RBAF core values and the RBAirF core values and how it complements each other. The Junior Officers need to have to specifically understand each of its components and not to get lost and set themselves apart from other Officers. He also advised the Junior Officers on security, specifically being mindful of social media usage. The session ended with closing remarks from the Commander of RBAirF.


PEMERINTAH TUDB MENGADAKAN SESI BERSAMA PEGAWAI-PEGAWAI TUDB YANG BARU DITAULIAHKAN DARI PENGAMBILAN KE-20


Pangkalan Tentera Udara Rimba, Rabu, 9 Februari 2022 – Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB telah menghadiri sesi bersama Pegawai-Pegawai Tentera Udara Diraja Brunei dari Pengambilan ke-20 sebagai salah satu program induksi yang berlangsung selama seminggu sebelum memasuki ke cawangan masing-masing.

Sesi dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan ucapan tahniah serta kata-kata aluan kedatangan Pegawai-Pegawai Baru Tentera Udara Diraja Brunei Pengambilan Ke-20 ke Tentera Udara Diraja Brunei.

Sesi diteruskan dengan Yang Mulia Pemerintah mengongsikan mengenai hasrat organisasi terhadap pegawai sebagai pemimpin dan cabaran-cabaran yang dihadapi sebagai pemimpin-pemimpin muda di TUDB. Yang Mulia Pemerintah menekankan kepentingan nilai ABDB dan juga nilai teras ABDB dan bagaimana kedua-duanya berhubung kait antara satu sama lain serta keperluan Pegawai-pegawai muda untuk memahami setiap komponen di dalam nilai teras tersebut agar tidak sesat dan membezakan diri mereka dengan Pegawai-pegawai yang lain. Yang Mulia Pemerintah menasihati kepada Pegawai-pegawai muda atas dasar sekuriti dan agar lebih peka dengan penggunaan media sosial. Sesi diakhiri dengan ucapan penutup dari Yang Mulia Pemerintah.