Rimba Air Force Base, Wednesday, 30 March 2022 – Lieutenant Colonel (U) Hishamuddin bin Abidin, the Commander Operations Group made a working visit to No. 1 Wing today. The objective for the visit is to obtain a closer look at the current operation and readiness, as well as the welfare of No. 1 Wing personnel.
Upon arrival at Hangar B, the Commander Operations Group was welcomed by Commanding Officer of No. 1 Wing Lieutenant Colonel (U) Muhammad Walee bin Roslie. The Commanding Officer No. 1 Wing delivered the opening remarks, then followed by A, Q, and G matters by respective Officers Commanding. The Commander Operations Group visited the Headquarters of No. 1 Wing, 12 Squadron, 15 Squadron, 11 Squadron and 14 Squadron.
The program then continued with a group photo session with No. 1 Wing personnel. The Commander Operations Groups had a
Muzakarah session with other ranks through both physical and VTC. The aim of this session was to give an opportunity for the No. 1 Wing personnel to raise any issues and challenges with regards to their daily taskings and welfare.



LAWATAN KERJA PEMERINTAH KUMPULAN GERAKAN KE CAWANGAN NO. 1
Pangkalan Tentera Udara Rimba, Rabu, 30 Mac 2022 – Leftenan Kolonel (U) Hishamuddin Bin Abidin, Pemerintah Kumpulan Gerakan TUDB telah membuat lawatan ke Cawangan No. 1 pada hari ini. Objektif lawatan kerja ini ialah untuk melihat dengan lebih dekat operasi dan tahap kesediaan serta kebajikan anggota bagi Cawangan No. 1.
Ketibaan Pemerintah Kumpulan Gerakan ini telah disambut oleh Pegawai Pemerintah Cawangan No. 1 TUDB, Leftenan Kolonel (U) Muhammad Walee bin Roslie di Bangunan Hangar B, PTU Rimba. Lawatan tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pegawai Pemerintah Cawangan No. 1 dan diteruskan dengan taklimat A, Q dan G dari Pegawai Memerintah setiap Skuadron dari Cawangan No. 1. Pegawai Pemerintah Kumpulan Gerakan turut melawat ke Markas Cawangan No. 1, Skuadron 12, Skuadron 15, Skuadron 11 dan Skuadron 14.
Lawatan ini juga diteruskan dengan sesi bergambar ramai bersama Pegawai Pemerintah Kumpulan Gerakan serta anggota Cawangan No. 1. Program ini diakhiri dengan membuat sesi Muzakarah bersama anggota Cawangan No. 1 secara fizikal dan secara maya. Tujuan Muzakarah ini dibuat ialah untuk memberikan peluang kepada anggota Cawangan No. 1 untuk menyuarakan isu-isu serta permasalahan yang mereka hadapi dalam menjalankan tugas serta perkara-perkara kebajikan.