
Rimba Air Force Base, Thursday, 21 April 2022 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) attended the virtual Pacific Air Chiefs Symposium (PACS) hosted by General Kenneth ‘Cruiser’ Wilsbach, Commander U.S. Pacific Air Forces today. Representing the RBAirF was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the RBAirF Commander. Also in attendance from the RBAirF Headquarters were the Assistant Chief of Staff and Staff Officer 2 Intelligence and Security.
The main agenda for this edition of PACS was Civil/Military Coordination and Relationships (CIMIC). Air Chiefs and representatives from a total of 25 countries convened in the virtual teleconference that saw 14 countries delivering presentations on their experiences, initiatives and ways forward in terms of the strengthening and sustaining the civil/military cooperation and the importance it has in the contemporary operating environment. The discussion also encompassed the significance the Indo-Pacific Air Forces’ relationships and interoperability in facilitating cross border and multilateral cooperation in providing HADR assistance to countries in need. It was also discussed that despite the important role that the military plays in any disaster relief operations, an effective and feasible exit strategy needs to be planned in order to further empower civilian agencies to take the lead in such situations. Air Vice-Marshal Andrew Clark, the Chief of the Royal New Zealand Air Force, led the presentations with a brief on the New Zealand approach to CIMIC.
PACS is a quarterly conference hosted by the U.S. Pacific Air Forces where Air Forces from the Pacific region would convene and discuss on bilateral and multilateral defence and security matters in efforts to maintain the security and stability of the region from an air force perspective as well as explore avenues of opportunities with partner nations on various aspects of cooperation.


PEMERINTAH TUDB MENGHADIRI PERSIDANGAN PACIFIC AIR CHIEFS SYMPOSIUM (PACS)
Pangkalan Tentera Udara Rimba, Khamis, 21 April 2022 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menghadiri Persidangan Pacific Air Chiefs Symposium (PACS) yang dikendalikan secara maya dan dipengerusikan oleh Jeneral Kenneth ‘Cruiser’ Wilsbach, Pemerintah Tentera Udara Pasifik, Amerika Syarikat. Mewakili TUDB adalah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB. Turut hadir daripada Markas TUDB adalah Penolong Ketua Staf serta Timbalan Pegawai Turus Perisikan dan Keselamatan.
Agenda utama bagi edisi PACS kali ini adalah penyelarasan dan hubungan di antara pihak awam dan tentera (CIMIC). Pemerintah-pemerintah Angkatan Udara serta wakil dari 25 buah negara menyertai persidangan tersebut yang mana 14 buah negara menyampaikan pembentangan ringkas mengenai pengalaman, inisiatif serta perancangan dalam mengukuhkan dan memampankan hubungan di antara kedua pihak serta kepentingannya dalam contemporary operating environment. Perbincangan juga menyentuh kepentingan hubungan di antara Angkatan-angkatan udara Indo-Pasifik serta keboleh-operasian untuk memudahkan kerjasama pelbagai hala dalam memberikan bantuan kemanusiaan dan bencana alam kepada negara yang memerlukan. Turut dibincangkan adalah disebalik peranan tentera yang besar dalam operasi bencana alam, strategi keluar yang berkesan dan yang dapat dilaksanakan perlu dirancang demi memperkasa agensi-agensi awam untuk memainkan peranan yang lebih utama dalam situasi tersebut. Air Vice-Marshal Andrew Clark, Pemerintah Tentera Udara Diraja New Zealand, memulakan pembentangan dengan menyampaikan taklimat mengenai pendekatan New Zealand terhadap hubungan awam/tentera.
PACS merupakan persidangan suku tahun yang dianjurkan oleh Tentera Udara Pasifik Amerika Syarikat dimana pemerintah serta perwakilan tentera udara dari rantau pasifik bersidang untuk membincangkan hal dua hala dan pelbagai hala dalam isu sekuriti dan pertahanan dari perspektif udara serta menerokai peluang-peluang kerjasama dengan Angkatan sahabat dari pelbagai aspek.