KAMPONG LUGU, Friday, 11 August 2023 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Dinner Night Event in conjunction with RBAirF’s 57th Anniversary. This combined event gathered about 650 RBAirF Officers and Senior Non-Commission Officers, coming from internal and external units. Present as the Guest of Honour was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, RBAirF Commander and spouse, Datin Noraidah binti Haji Ibrahim.
Also in attendance was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Joint Force Commander and spouse, Datin Hajah Azizah binti Haji Miramit, Senior Officers, Officers and Senior Non-Commissioned Officers and their spouses.
The dinner commenced with a group photo session for Senior Officers, Sergeant Majors and their spouses and followed by a cake-cutting session and the recitation of Doa Kesyukuran led by Ustaz Pengiran Fakrul Syakirin bin Pengiran Zainuddin, RBAirF Religious Teacher. The event continued with a speech by the Guest of Honour, in which he commended on the achievements of the unit and its personnel throughout this year and throughout 57 years of its establishment.
The RBAirF’s 57th Anniversary Dinner Night is aimed to celebrate the RBAirF Anniversary together and strengthen the bonds between RBAirF personnel.




MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA HARI ULANG TAHUN TUDB KE-57
KAMPONG LUGU, Juma’at, 11 Ogos 2023 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Makan Malam sempena Hari Ulang Tahun TUDB ke-57. Majlis Makan Malam ini dihadiri oleh 650 anggota gabungan Pegawai-Pegawai dan Pegawai-Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan) daripada dalam dan luar unit. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB berserta Datin Noraidah binti Haji Ibrahim.
Turut hadir bersama ialah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Pemerintah Angkatan Bersama berserta Datin Hajah Azizah binti Haji Miramit, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, PTB-PTB Kanan dan pasangan.
Majlis Makan Malam tersebut dimulakan dengan sesi bergambar ramai bagi Pegawai-Pegawai Kanan, Sarjan Mejar serta pasangan masing-masing, diikuti dengan sesi memotong kek dan bacaan Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh Ustaz Pengiran Fakrul Syakirin bin Pengiran Zainuddin, Guru Ugama TUDB. Majlis diteruskan dengan ucapan dari Tetamu Kehormat Majlis yang mana dalam ucapan beliau memuji pencapaian unit dan setiap anggota di sepanjang tahun ini dan selama 57 tahun sejak penubuhannya.
Majlis Makan Malam sempena Hari Ulang Tahun TUDB yang ke-57 berhasrat bagi meraikan bersama Hari Ulang Tahun TUDB dan lebih mengeratkan silaturrahim diantara anggota TUDB.



