​Berakas, Saturday, 03 July 2021 – The RBAirF held a Dinner Night in conjunction with its 55th Anniversary at the Officers’ Mess, Berakas Garrison.

His Royal Highness Major (U) Prince ‘Abdul Mateen ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah graced the event. Upon arrival, His Royal Highness was welcomed by Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of RBAirF.

The event commenced with the recitation of Doa Selamat, followed by the dinner and concluded with a speech delivered by the Commander of RBAirF.

In his speech, the Commander of RBAirF mentioned on the evolvement of RBAirF especially its capabilities since its establishment and applauded the accomplishments of RBAirF Wings mainly Officers, Airmen and Airwomen in their involvement on the success of the RBAF Diamond Jubilee Celebration and the flypast led by His Royal Highness Major (U) Prince ‘Abdul Mateen during the event. He also welcomed a new member of RBAirF, Lieutenant Colonel (U) Colin Would a loan service officer from the Royal Air Force, posted as Staff Officer Grade 1 Flight Safety and lastly congratulated the newly wedded RBAirF Officers.

His Royal Highness was then invited for a photo session with the Commander of RBAirF, RBAirF’s Board of Executives and Senior Officers. The event was enlivened with the attendance of RBAirF Officers and spouses with the accompany of musical performance by the RBAF band.

 


MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT SEMPENA HARI ULANG TAHUN TUDB YANG KE-55

Berakas, Sabtu, 03 Julai 2021 – TUDB telah mengadakan Majlis Makan Malam Beradat Sempena Hari Ulang Tahun TUDB yang Ke-55 di Mes Pegawai, Berakas Garison.

Turut berangkat meraikan majlis tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Mejar (U) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Duli Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah. Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Selamat, diteruskan dengan makan malam dan diakhiri dengan ucapan daripada Pemerintah TUDB.

Dalam ucapan beliau, Pemerintah TUDB menekankan tentang evolusi keupayaan TUDB sejak penubuhannya dan berbangga dengan pencapaian yang diraih oleh Pegawai-pegawai dan Anggota TUDB terutama sekali penglibatan mereka dalam menjayakan Sambutan Jubli Intan ABDB dan penerbangan lalu yang diketuai oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Mejar (U) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen semasa ucapara tersebut. Beliau juga mengalu-alukan kedatangan Leftenan Kolonel (U) Colin Would ke TUDB dari Royal Air Force yang ditempatkan sebagai Pegawai Turus Keselamatan Penerbangan dan akhirnya mengucapkan ucapan tahniah kepada Pegawai-pegawai TUDB yang baru berkahwin.

Duli Yang Teramat Mulia juga berkenan untuk bergambar ramai bersama Pemerintah TUDB dan Pegawai-Pegawai Kanan. Majlis diserikan dengan kehadiran Pegawai-pegawai TUDB beserta pasangan dan iringan musik daripada Kumpulan Pancaragam ABDB.