Rimba Air Force Base, Thursday 23 June 2021 – RBAirF held a Doa Kesyukuran Ceremony to commemorate the 55th Anniversary of the RBAirF at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base.
Present during the event was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of RBAirF. Also present were RBAirF’s Board of Executives, Senior officers, Officers and Airmen.
The event commenced with the recital of Al-Quran by Private (U) Hadi Syazwan bin Sukardi followed by a mass Maghrib prayer, Sunat Hajat prayer and the recital of Surah Yassin led by Haji Mohammad Anndy @ Rafaie bin Saile, Imam of Surau Al-Barakah.
The ceremony continued with Doa Kesyukuran to commemorate the 55th Anniversary of the RBAirF and concluded with mass Isya’ prayer.
RBAirF 55th Anniversary celebration will also be enlivened with Parade, Tahlil Ceremony at Kubah Makam Diraja, Regimental Dinner and Khatam Al-Quran Ceremony.


TUDB MEMULAKAN ACARA SAMBUTAN HUT KE-55 DENGAN MAJLIS DOA KESYUKURAN
Pangkalan Tentera Udara Rimba, Khamis 23 Jun 2021 – TUDB telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TUDB Ke-55 bertempat di Surau Al-Barakah TUDB, Pangkalan Tentera Udara Rimba.
Hadir pada majlis tersebut ialah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB. Turut hadir ialah Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TUDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Ayat Suci Al-Quran oleh Soldadu (U) Hadi Syazwan bin Sukardi kemudian diikuti dengan Sembahyang fardhu Maghrib berjemaah, Sembahyang Sunat Hajat serta bacaan Surah Yassin yang diketuai oleh Haji Mohammad Anndy @ Rafaie bin Saile, Imam Surau Al-Barakah.
Majlis diteruskan dengan bacaan Doa Kesyukuran Sempena HUT TUDB Ke-55 dan diakhiri dengan Sembahyang Fardhu Isya berjemaah.
Acara Sambutan Hari Ulang Tahun TUDB Ke-55 disemarakkan lagi dengan Upacara Perbarisan, Majlis Tahlil di Kubah Makam Diraja, Majlis Makan Malam Beradat dan Majlis Khatam Al-Quran.

