TUTONG, Friday, 03 February 2023 – 238 Squadron, No. 2 Wing, Operations Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) concluded the 5-days of Exercise Panah Arah (navigation exercise from 30 January to 03 February 2023) at Tutong District. The exercise was led by Major (U) Muhammad Isyhak bin Haji Ismail, Officer-In-Command of 238 Squadron.
A total of 47 personnel participated in the exercise, consisting of personnel from No. 2 Wing assisted by the Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate (JAMA’AT), the Medical and Health Services, Royal Brunei Land Force (RBLF) and instructors from 77 Squadron. During the exercise, Lieutenant Colonel (U) Amierul Halpi bin Talip, Commanding Officer of No. 2 Wing, took the opportunity to visit the command post and expressed his outlook on the way forward for the conduct of the next exercise.
The main objective of the exercise is to assess the knowledge and skill of personnel in jungle navigation and test their ability to lead their section. Before the exercise, every personnel had a study week to refresh their military skills in harboring, navigation and an introductory lesson in jungle tracking before embarking on the exercise.


EKSESAIS PANAH ARAH 2023
TUTONG, Juma’at, 03 Februari 2023 – Skuadron 238, Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menamatkan Latihan Panah Arah (latihan pandu arah) selama 5 hari bermula dari 30 Januari hingga 03 Februari 2023 di Daerah Tutong. Eksesais ini diketuai oleh Mejar (U) Muhammad Isyhak bin Haji Ismail, Pegawai Memerintah Skuadron 238.
Seramai 47 orang anggota No. 2 Wing terlibat di dalam latihan tersebut yang dibantu oleh anggota daripada Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT), Markas Khidmat Perubatan dan Kesihatan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan jurulatih daripada Skuadron 77. Semasa latihan sedang dijalankan, Leftenan Kolonel (U) Amierul Halpi bin Talip, Pegawai Pemerintah, Cwgn No. 2 mengambil kesempatan untuk melawat Pos Perintah serta memberikan beberapa cadangan bagi latihan hutan di masa akan datang.
Matlamat utama latihan ini adalah untuk menguji pengetahuan dan kemahiran anggota dalam mata pelajaran pandu arah ketika berada di dalam hutan serta menguji keupayaan anggota dalam kepimpinan. Sebelum latihan dijalankan, setiap anggota telah menghadiri minggu belajar bagi mengulangkaji kemahiran ketenteraan dalam penyediaan penginapan, pandu arah serta penyerapan mata pelajaran mengesan jejak.


