RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 28 July 2023 - A Closing Ceremony was held for the Fardhu Kifayah (Funeral Rites) Workshop for Royal Brunei Air Force (RBAirF) military and civilian personnel. The workshop which was organised by the Religious Directorate of Royal Brunei Armed Forces (JAMA’AT) was held from 24 to 28 July 2023 at Surau Al-Barakah Rimba Air Force Base (Rimba AFB).
A total of 22 personnel attended the 05-day workshop run by Chief Petty Officer Johary bin Haji Muhammad Salleh, Royal Brunei Navy (RBN) from JAMA’AT and Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Religious Teacher of the RBAirF. Certificate of course completion was presented by Lieutenant (U) Mohamad Amirul Ariff bin Haji Awang Mohamad Manan, committee member of Takmir Surau Al-Barakah, Rimba AFB.
Among the curriculum of this workshop is to provide exposure and understanding to the participants about the importance of Fardhu Kifayah, especially on the funeral rites. In this workshop, participants were actively involved in learning about the funeral, both theoretically and practically. Participants also learned the obligation of funeral rites, such as bathing, shrouding, praying and burying the deceased. The aim of this workshop is to enhance their skill in performing the funeral rites properly.


PENUTUP BENGKEL FARDHU KIFAYAH
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Juma’at, 28 Julai 2023 – Acara Penutup telah diadakan bagi Bengkel Fardhu Kifayah bagi anggota tentera dan awam Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB). Bengkel anjuran Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT) ini telah diadakan di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba) dari 24 hingga 28 Julai 2023.
Seramai 22 anggota telah menyertai bengkel yang dikendalikan selama 05 hari oleh Bintara Kanan Johary bin Haji Muhammad Salleh, jurulatih JAMA’AT dan Ustaz Pengiran Fakhfrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Guru Ugama TUDB. Acara Penyampaian Sijil Tamat Bengkel telah disampaikan oleh Leftenan (U) Mohamad Amirul Ariff bin Haji Awang Mohamad Manan, Ahli Jawatan Kuasa Takmir Surau Al-Barakah, PTU Rimba.
Antara pengisian di dalam bengkel tersebut adalah untuk memberikan pengetahuan dan kefahaman mengenai Fardhu Kifayah, terutama didalam kepentingan ilmu penyempurnaan jenazah. Di dalam Bengkel ini juga peserta-peserta didedahkan tentang perkara-perkara yang wajib dilakukan keatas jenazah dari segi teori dan praktikal. Ini termasuk praktikal memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan mengebumikan jenazah. Tujuan Bengkel ini diadakan adalah untuk memupuk sifat amanah dan berani dalam penyempurnaan jenazah.