RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 02 February 2024 – No. 2 Wing, Operations Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) recently collaborated with Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) and American International Assurance (AIA) Goodlife Brunei to host a two-day financial management talk for RBAirF personnel. The event took place from Thursday, 1st February 2024 to Friday, 2nd February 2024, at Punai Hall, Rimba Air Force Base (Rimba AFB). Present as the Guest of Honour was Lieutenant Colonel (U) Amierul Halpi bin Talip, Commanding Officer No. 2 Wing. The audience included No. 2 Wing personnel and course participants from 77 Squadron, No. 7 Wing, as well as RBAirF pay office personnel.

The first day of the event featured a presentation by Mrs. Zufadzilah binti Brahim, Acting Head of Customer Acquisition, Retail Banking Group at BIBD. She spoke on financial literacy, ways to achieve financial freedom, and the importance of saving for both present and future needs. On the following day, Mr. Ang Kian Guan, an accredited financial planner at Goodlife Financial Planning Sdn Bhd, representing AIA Singapore Pte Ltd, delivered a talk on financial planning aimed at ensuring stable and secure finances while mitigating future risks such as debt burden and involvement with loan shark activities. Both speakers provided valuable insights into managing personal finances and planning for the future.

The financial talk aimed to educate attendees on financial planning tips, promoting responsible decision-making and reducing the risk of illegal practices. It provided valuable insights for attending personnel, enabling them to make informed financial decisions and safeguard their financial well-being.​


CERAMAH PENGURUSAN KEWANGAN BAGI ANGGOTA TUDB

PANGKALAN TENTERA UDARA, Juma’at, 02 Februari 2024 – Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah berkolaborasi bersama Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dan American International Assurance (AIA) Goodlife Brunei untuk menganjurkan ceramah pengurusan kewangan selama dua hari untuk anggota-anggota TUDB. 

Acara ini berlangsung dari Khamis, 1 Februari 2024 hingga Jumaat, 2 Februari 2024, bertempat di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba). Hadi selaku Tetamu Kehormat Majlis pada acara tersebut ialah Leftenan Kolonel (U) Amierul Halpi bin Talip, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 2. Turut hadir ialah anggota-anggota Cawangan No. 2, kakitangan dan peserta kursus dari Skuadron 77, Cawangan No.7, serta kakitangan pejabat gaji TUDB.

Hari pertama menampilkan pembentangan oleh Puan Zufadzilah binti Brahim, Pemangku Ketua Pemerolehan Pelanggan, Kumpulan Perbankan Runcit di BIBD, yang bercakap mengenai celik kewangan, cara untuk mencapai kebebasan kewangan, dan kepentingan menabung untuk keperluan masa kini dan masa hadapan. Pada hari berikutnya, Tuan Ang Kian Guan, seorang perancang kewangan bertauliah di
Goodlife Financial Planning Sdn Bhd, mewakili
AIA Singapore Pte Ltd, menyampaikan ceramah mengenai perancangan kewangan yang bertujuan untuk memastikan kewangan yang stabil dan terjamin sambil mengurangkan risiko masa depan seperti tabiat berhutang dan terlibat dengan aktibiti peminjaman wang tanpa berlesen.

Ceramah kewangan itu bertujuan untuk mendidik para hadirin tentang petua perancangan kewangan, mempromosikan pembuatan keputusan yang bertanggungjawab dan mengurangkan risiko amalan haram. Ia memberikan pandangan yang berharga untuk anggota yang hadir khususnya, membolehkan mereka membuat keputusan kewangan bersesuaian dan melindungi kesejahteraan kewangan mereka.