RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 16 December 2022 – No. 5 Wing, Royal Brunei Air Force (RBAirF) has received a new Commanding Officer. The change in command ceremony was between Lieutenant Colonel (U) Schufin bin Haji Brahim and Lieutenant Colonel (U) Pengiran Mohamed Khairul Arifin bin Pengiran Haji Mohammad Salleh. The ceremony took place at Hangar B, Rimba Air Force Base (Rimba AFB).
Present at the ceremony were both military personnel and civilian staff of No. 5 Wing, RBAirF. Upon arrival, Lieutenant Colonel (U) Schufin bin Haji Brahim received an honorary salute, which was then followed by the inspection of the Guard of Honour that consisted of No. 5 Wing, RBAirF personnel. He then proceeded to deliver his outgoing speech in which he commended the Wing for overcoming the challenges and hardship that the pandemic brought onto the organisation. He also reminded all personnel to strive to be a lifelong learner and to always uphold airworthiness standards.
The ceremony continued with the signing of the Handover-Takeover Certificate which marked the official transfer of duties and responsibilities of the Commanding Officer No. 5 Wing followed by a doa recited by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Zainuddin, RBAirF Religious Teacher.
Lieutenant Colonel (U) Schufin bin Haji Brahim has held the position as Commanding Officer for 3 years and will be continuing his service at Ministry of Defence as Director of Centre of Science and Technology Research and Development (CSTRAD).




UPACARA SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI PEMERINTAH CAWANGAN NO. 5 TUDB
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Juma’at, 16 Disember 2022 – Cawangan No. 5 Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menerima pucuk kepimpinan yang baru. Upacara Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah Cawangan No. 5, TUDB adalah diantara Yang Mulia Leftenan Kolonel (U) Schufin bin Haji Brahim dan Leftenan Kolonel (U) Pengiran Mohamed Khairul Arifin bin Pengiran Haji Mohammad Salleh. Upacara ini telah berlangsung di dalam Hangar B, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba).
Turut hadir untuk menyaksikan upacara tersebut adalah warga tentera dan kakitangan awam Cawangan No. 5, TUDB. Upacara dimulakan dengan pemeriksaan Kawalan Kehormatan oleh Leftenan Kolonel (U) Schufin bin Haji Brahim dan diteruskan dengan penyampaian ucapan. Dalam ucapannya, beliau mengetengahkan usaha Cawangan dalam mengatasi segala cabaran yang disebabkan oleh pandemik COVID-19. Beliau juga mengingatkan semua anggota untuk terus belajar untuk pembangunan diri dan sentiasa mengekalkan kepiawaian airworthiness.
Upacara diteruskan dengan penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas Pemerintah Cawangan No. 5 dan diikuti dengan bacaan doa khas bagi upacara tersebut yang dibaca oleh Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Zainuddin, Guru Ugama TUDB.
Leftenan Kolonel (U) Schufin bin Haji Brahim telah memegang jawatan Pegawai Pemerintah Cawangan No. 5 selama 3 tahun dan beliau akan meneruskan perkhidmatan beliau sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Sains dan Teknologi (P3ST) di Kementerian Pertahanan.

