RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 22 September 2022 – The History of Early Islam Workshop for military and civilian personnel of the Royal Brunei Air Force (RBAirF) organized by the Religious Directorate of Royal Brunei Armed Forces (JAMA’AT) was conducted from 19 September 2022 to 22 September 2022 at the Giga Lab and Tera Lab of No. 5 Wing, Hangar B, Rimba Air Force Base (Rimba AFB).

A total of 20 personnel consisting of 18 military and 02 civilian personnel have attended the 04 days workshop conducted by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Religious Teacher of the RBAirF.

Among the aims of this workshop is to provide exposure and understanding to the participants regarding the early history of Prophet Muhammad S.A.W., his personality, history of the 1st revelation, the important Islamic wars, remembering the prophet’s journey and more.

The closing ceremony of the workshop was held today. The ceremony began with the recitation of Tahlil and Doa in conjunction with the National Teaacher’s day in Brunei Darussalam, which falls on 23 September annually. The event concluded with the presentation of course certificates and the closing Doa.

The workshop was also held in remembrance of the coming month of Rabi’ulawal, the birth month of the Prophet Muhammad S.A.W.






KURSUS SEJARAH ISLAM BAGI ANGGOTA-ANGGOTA TUDB

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 22 September 2022 - Kursus Sejarah Islam bagi anggota-anggota tentera dan anggota-anggota awam Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) anjuran Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT) telah sempurna dilaksanakan bermula 19 September 2022 hingga 22 September 2022 bertempat di bilik Tera Lab & Giga Lab, Cawangan No. 5, Hangar B, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU).

Seramai 20 orang peserta terdiri daripada 18 orang anggota tentera dan 02 orang anggota awam mengikuti kursus selama 04 hari yang dikendalikan oleh Yang Mulia Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Guru Ugama TUDB.

Antara pengisian di dalam kursus ini ialah untuk memberikan kefahaman kepada peserta mengenai sejarah-sejarah yang dapat diambil iktibar sepanjang kehidupan Baginda Rasulullah S.A.W. dari segi biodata Baginda S.A.W., peristiwa-peristiwa penting dan bersejarah, penerimaan wahyu, perang-perang yang menjadi pengajaran kepada kehidupan masa kini, menghayati kisah kewafatan Baginda S.A.W. dan sebagainya.

Acara penutup kursus telah diadakan pada hari ini. Acara dimulakan dengan bacaan Tahlil dan Doa bagi memperingati jasa-jasa guru bersempena dengan memperingati sambutan Hari Guru yang diadakan setiap tahun di negara Brunei Darussalam. Majlis diselajurkan dengan penyampaian sijil kepada peserta-peserta kursus dan di sudahi dengan bacaan doa penutup.

Kursus juga diadakan adalah untuk memberi persiapan dan penghayatan kepada para peserta bagi sama-sama menyambut kedatangan bulan Rabi’ulawal, bulan kelahiran Nabi junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam.